Sabtu, 29 September 2012

Linear Rail System

Setelah rasa bosan dengan ball chain. Ya, aku masih tidak jumpa jalan penyelesaian untuk siapkan ball chain sprocket. Aku rehat jap sambil design linear rail system. Inilah hasilnya.

Design simple2 pakai SketchUp je.



Print sekejap je 15 min.


Kalau scale up bolej jadi meja.

Siap pasang untuk dicuba. Ya, rail ini tidak pakai bearing. Mahal bearing ni, skru murah sket.


Sukses! 

So linear rail boleh guna untuk apa? Macam-macam. Cuma aku rasa teringin untuk upgrade Rostock yang tak siap nih pakai linear rail terus. Lepas tu stainless steel rod bleh guna untuk projek yang lain.
Check RostockMax, pakai banyak ball bearing. Tak mampu rasanya. So ini bleh jadi alternatif.










Rabu, 12 September 2012

Membina 3d Printer jenis Rostock #2


Sekarang beberapa tinggal beberapa komponen sahaja yang masih tidak lengkap untuk 3d printer jenis Rostock. Antara komponen yang aku hadapi masalah adalah timing belt. Rostock menggunakan beberapa jenis belt, T2, T2.5 atau T5.Sepanjang 6m timing belt diperlukan untuk menggerakkan carriage Rostock nih. Setiap linear guide pakai 2m. Harga belt ni pun boleh tahan juga. Oleh itu, aku fikir baiklah cuba gunakan alternatif lain seperti yang digunakan oleh printer jenis Ponoko. Ponoko menggunakan alternatif beaded belt atau nama ball chain bagi menggantikan penggunaan timing belt.

Timing Belt

VS
Ball Chain 3.5mm 

Ball Chain in action

Tanpa melengahkan masa, aku terus mengambil keputusan untuk menggunakan ball chain sebagai alternatif. Kebetulan aku memang sudah ada ball chain ini. Ball chain ini biasa digunakan untuk sangkut tag nama. Hasil daripada menyelongkar stor. Aku dapat lebih kurang 8m ball chain. 


Cubaan cetak sprocket bagi ball chain 3.5mm. Keputusan gagal.

Aku mula-mula ingat ianya mudah, cetak je sprocket, boleh terus guna dengan stepper motor. Tetapi tak la semudah yang disangka. Ball chain ada beberapa cabaran. Design sprocket mesti ngam dengan ball chain yang digunakan. Dalam kes aku, design tak ngam. So kenalah design sprocket yang baru. Buat masa ini sampai sini sahaja dulu log aku.

Info tambahan :

http://blog.reprap.org/2008/04/ball-chain-update.html
http://www.reprap.org/wiki/PonokoBedChainFitting

Selasa, 11 September 2012

Membina 3d Printer jenis Rostock

Rostock 3d Printer

Sebenarnya niat membina 3d printer jenis Rostock ini sudah lama terpendam. Beberapa komponen plastik telahpun aku print beberapa bulan lepas. Bulan Julai 2012 lagi sudah print. Tetapi pemasangan ditangguhkan seketika kerana kekurangan modal untuk membeli komponen-komponen yang lain. Inilah printer yang ke-3 aku. 

Komponen Plastik Rostock 3d Printer
Pada pandangan aku, printer jenis menggunakan lebih sedikit bilangan komponen plastik daripada printer yang lain. Oleh itu, nak print komponen dia lebih cepat daripada printer lain. Pemasangan pula lebih mudah daripada printer yang aku bina sebelum ini iaitu MendelMax 1.5. Printer ini masih belum siap dipasang lagi. Oleh itu, aku ingat nak share log pemasangan printer jenis ini.

Memotong tapak bagi printer.
Menyediakan tapak bagi printer agak complicated. Hendaklah teliti dengan pengukuran. Bab ini memang aku malas. Dua tapak ini mesti sama saiz dan lubang pun mesti selari. Kalau tidak, akan ada banyak masalah. Oleh itu, aku buat satu tapak dulu, lepas tu aku letak tapak yang dah siap atas plywood baru. Copy and paste. Andai kata aku nak bina lagi, akan aku hantar kedai untuk lasercut aja tapak nih.

Tapak perlu ada 2 set.

Lubang ditebuk menggunakan jig kertas.
Bila tapak dah siap, tinggal skru sahaja komponen kepada tapak. Senang je bab nih.

Komponen plastik dipasang di bawah.

Sorong masuk stainless steel rod.

Pasang tapak sebelah atas. Dah nak siap. Senang.
Satu yang aku perasan, printer jenis Rostock nih banyak pakai skru M3 x 10mm dan M3 x 15mm. 

Separuh Siap

Pemasangan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Rasanya boleh lagi laju sebab pada peringkat permulaan, banyak kesilapan. Inilah hasilnya rangka printer jenis Rostock. Tinggal nak pasang belt, pulley, motor dan elektronik yang masih belum sampai lagi. Nanti aku sambung menulis lagi. Sesiapa yang parts untuk membina rostock boleh hubungi aku melalui komen.




Khamis, 30 Ogos 2012

#2 Jom beli dan bina 3d printer Malaysia

Baiklah, untuk post #2 aku ingin berkongsi mengenai pembekal-pembekal bahan mentah untuk membina 3d printer ini dalam negara. Dalam pencarian aku, ada parts yang boleh beli dalam negara dan ada parts yang kena import dari luar. Untuk 3d printer yang aku bina ni, kebanyakan parts boleh beli dalam negara je. Nama model 3d printer yang aku bina ini MendelMax 1.5. Untuk maklumat lanjut check reprap.org dan thingiverse.

MendelMax 1.5 oleh Kludgineer
MendelMax 1.5 yang telah siap aku bina dengan sedikit mod.
Sebenarnya terdapat banyak lagi model-model 3d printer yang boleh dibina, bila dah opensource tentulah banyak modelnya. Di antara jenis opensource 3d printer yang aku rasa popular ketika ini adalah :

1. Prusa Mendel
Prusa Mendel antara yang paling banyak support. Siap video kat youtube
macam mana nak pasang step-by-step.
2. Printrbot

Printrbot nih paling compact, ade step-by-step video juga. Tapi print size dia kecik sket.
3. Rostock
Rostock adalah antara printer yang paling gempak. Next project la kot.

4...... the list goes on and on.

Kesemua jenis printer di atas boleh dibeli dalam bentuk kit atau siap dipasang sepenuhnya (fully assembled). Secara peribadi aku syor beli dalam bentuk kit dari satu pembekal sahaja, boleh jimat banyak. Dari pengalaman aku, membeli dari lebih dari satu pembekal boleh ikut jalan susah cari pembekal satu per satu, akhirnya ada yang komponen yang tak sesuai. Kena ketuk harga pun ada juga. Sekarang dah ada local supplier yang jual kit ini. Boleh save banyak dan lebih mudah nak dapatkan support. Oh support sangat penting. Kadang-kadang bleh rasa nak give up.

Ok, sebelum anda pergi shopping untuk membeli barang-barang, pastikan adalah telah semak Bills of Materials (BOM) atau kata lain list barang-barang keperluan untuk printer. Antara perkara yang aku paling menyampah bila nak pasang printer, ada komponen-kompenen tak cukup, skru tak cukup, bearing tak cukup, belt tak cukup panjang dan lain-lain seumpamanya. Oleh itu, buatlah persediaan agar senang kemudian hari.

Baiklah, kita balik semula senarai pembekal. Berikut adalah senarai pembekal yang aku gunakan untuk membina MendelMax 1.5 saya. Pembekal-pembekal ni juga boleh digunapakai untuk membina printer yang lain-lain tu. Kalau korang ada pembekal lain yang sudi nak kongsi bleh la tinggalkan komen, nanti aku bleh update masuk dalam list. Kita sama-sama untung bukan?

Fully Assembled & Kit
www.reprap.my

Komponen Berasingan
www.reprap.my (Komponen plastik, RAMPS, Heated Bed, Elektronik, Stepper Motor, ABS filament)
www.blomkers.com (Mostly elektronik, bearing, belt, heated bed)
cetak3d.blogspot.com (plastik parts..dengan tak malunya nak iklan jugak)
Kosan Aluminium (Aluminium Frame, Alu Sheets)
Misumi Malaysia (Aluminium, Bearing, Linear Bearing, Skru, Rod, Belt, Pulley, Tempered Glass)
Unicircle (Skru, Nut, Rod)
C&W Trading (Stainless Steel Rod)
Cytron (Arduino, Stepper Motor, Cables)
Lotus City (Bearing, Linear Bearing)







Selasa, 14 Ogos 2012

#1 Pendahuluan

Kebelakangan ini, ramai orang mula berminat untuk membina mesin cetak 3d (3d printer). Bagi sesiapa yang tidak tahu apakah itu mesin cetak 3d, secara ringkas ia adalah sebuah mesin untuk menghasilkan objek dalam bentuk 3 dimensi. Objek ini boleh dibina menggunakan bahan mentah seperti plastik. Oleh itu bila tekan sahaja butang print, hasilnya sebuah objek fizikal yang boleh disentuh dan boleh digunakan terus. Bunyinya macam mudah bukan? mungkin ia amat mudah sekiranya anda menggunakan mesin cetak 3d commercial, yang bernilai puluhan ribu ringgit, tetapi sekiranya anda menggunakan mesin cetak 3d yang dibina sendiri, banyak cabaran yang perlu diharungi sebelum dapat menghasilkan objek pada tahap kualiti yang diingini.

Mesin cetak 3d ini sebenarnya telah ada lama di pasaran tetapi amatlah mahal harganya. Mujurlah ada mereka yang sanggup membina secara opensource, maka kos sebuah mesin ini adalah jauh lebih murah dan boleh dibina sendiri dengan bahan-bahan diperolehi dari hardware store berdekatan. Tapi banyak juga yang ragu-ragu sama ada boleh atau tidak untuk membina mesin ini di Malaysia. Saya juga ragu-ragu pada mulanya. Bagi yang ragu-ragu jawapannya ia boleh dibina sekiranya ada minat dan kesungguhan untuk membinanya. Setelah 4 bulan berusaha, inilah hasilnya.


Mesin Cetak 3d jenis MendelMax 1.5 (RepRap)
Antara objek pertama yang dicetak.

Objek yang dicetak menggunakan MendelMax 1.5 (Vase)

Siapa pulak ni?

Tujuan saya menulis di blog ini adalah untuk merekodkan perjalanan saya membina mesin ini dan sebagai rujukan saya sendiri dan juga kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membina sendiri mesin ini. Perjalanan saya membina mesin ini sebenarnya telah hampir 4 bulan dan ianya amatlah menyeronokkan bagi saya, lebih lagi mesin ini telahpun siap dan berfungsi sepenuhnya. Kini tinggal untuk merekodkan perjalanan membina mesin ini dengan harapan agar kesilapan saya tidak diulangi.