Jumaat, 19 Disember 2014

C3D Creator D dari MyVista

Catatan kali ini adalah mengenai printer yang dikirim oleh saudara Sujana Rejab, seorang pengusaha 3d printer tempatan daripada syarikat MyVista.


Ini adalah kali pertama saya menerima printer komersil bagi tujuan review. Tanpa melengahkan masa, mari kita sama-sama lihat printer ini.

1. Bungkusan 

Pada mulanya saya berasa agak bimbang apabila bersetuju untuk menulis review atau membuat ulasan terhadap 3d printer ini kerana mengetahui ianya akan dikirimkan menggunakan parcel. Dari pengalaman saya, kiriman objek yang besar seperti mesin cetak 3d ini senang rosak dalam perjalanan. Satu lagi printer ini bukan dibeli hanya dikirimkan untuk review sahaja kalau rosak siapa yang akan bertanggungjawab. Tetapi selepas melihat cara printer ini dibungkus dan bagaimana ia diserahkan daripada pengirim, saya berasa yakin printer ini akan sampai dengan selamat khususnya dalam negara. Melalui pemerhatian bungkusan dibalut rapi dengan lapisan demi lapisan kotak untuk mengelakkan kerosakan ke atas printer. Walaupun demikian, saya tidak rasa anda boleh duduk atas kotak ini tanpa merosakkan printer. So jangan duduk atas kotak. Buka juga elok-elok na. Setakat ini, OK semuanya.. mari kita buka bungkusan. Printer yang sampai pun yang telah siap dipasang sepenuhnya.  Ok, ini saya suka. Siap pasang pun senang.

Apakah yang terkandung di dalam kotak ini?

Tidak banyak gambar yang dapat ditunjukkan sebenarnya. Buka kotak, ambil printer dan terus letak di atas meja. Kotak yang ada tu, boleh guna semula untuk recycle, atau untuk bungkus objek yang diprint untuk dijual. Jangan buang ye. OK balik kepada printer.

C3D Creator D (Dual Extruder) 
Sekali pandang printer ini ada iras rupa Makerbot Replicator. Selepas membuat semakan, didapati printer ini bukan Replicator tetapi dibina dengan menjadikan printer Makerbot sebagai inspirasi utama dan diberi sentuhan baharu agar bersesuaian untuk kegunaan tempatan. Namun begitu, printer ini masih mengekalkan banyak ciri-ciri yang sama dari reka bentuk asal di dalam binaannya.

Set ini mengandungi :

  • Satu mesin printer jenis C3D Creator D, siap dipasang
  • Satu kotak starter kit mengandungi, alat ganti dan tool untuk membuat calibration
  • Wayar elektronik dan cable USB
  • 1kg Filament ABS
Pendek kata, set ini lengkap untuk terus mula print terus dari kotak. Ok mari kita lihat binaan dengan lebih teliti. Ok kita teruskan dengan rangka printer.

2. Rangka Printer

Printer ini menggunakan binaan utama daripada plywood dengan ketebalan 4mm yang dipotong menggunakan laser. Kepingan plywood ini dicantum seperti puzzle, dengan cap screw M3 sebagai kunci kepada sambungan-sambungan. 

Sambungan dengan Cap Screw M3
Sambungan-sambung plywood ini dapat dilihat dengan jelas dari gambar. Warna hitam pada plywood adalah kesan daripada potongan laser.  Saya rasa gembira kerana printer ini sampai dalam keadaan semua telah siap dipasang. Walaupun saya yakin boleh memasangnya sendiri, untuk review printer yang telah siap dipasang menjimatkan masa saya, bagi mereka yang inginkan sistem yang boleh berfungsi terus sebaik sahaja keluar dari kotak. Ini adalah satu penyelesaian masalah anda. Terus keluar dari kotak dan sambung pada bekalan elektrik mesin terus hidup dan sedia untuk digunakan. 
Pandangan sisi. Lihatlah berapa banyak skru yang digunakan untuk memastikan sambungan kemas dan tahan.
Satu komen mengenai binaan mesin ini adalah bahan binaanya daripada plywood. Plywood bukan tidak baik, plywood ada ketahanan sekiranya ia terjatuh pun tidak  mudah pecah. Tetapi saya kurang yakin ia akan bertahan sekiranya terdedah kepada air. Boleh meleding, ataupun kembang. Oleh itu, perlu berhati-hati di mana anda simpan printer ini. Tetapi baiknya pula, plywood ini boleh dicat dengan cat kalis air untuk memberikan ketahanan, tidak sukar untuk dihack, dan boleh dibina semula sekiranya perlu dengan alatan tangan sedia ada.

Lagi gambar sambungan. Juga kelihatan ruang SD card slot (kiri).
Sekiranya diperhatikan, tapak kepada rangka ini tidak bergetah. Maka sekiranya ada tumpahan air akan terkena pada rangka printer daripada plywood ini. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dari segi binaan, potongan laser adalah kemas. Cantuman rangka juga tidaklah begitu sukar untuk ditanggalkan. Cuma ingat, perlu jauhkan daripada air. Samalah juga laptop, komputer, handphone dan sebagainya mana bleh kena air. Beli tapak getah, untuk lindungi pelaburan. Kalau handphone macam beli skrin protector lah.

3. Extruder dan Hotend

Ok, kita teruskan dengan extruder dan hotend bagi printer ini. Seperti nama printer ini C3D Creator D, printer ini menggunakan dual extruder. Pada yang pernah lihat replicator dengan dual extruder dari MakerBot, printer ini juga menggunakan konsep yang sama. Saya tidak pasti sama ada komponen-komponen juga sama, tetapi ia kelihatan hampir sama. Komponen-komponen plastik yang digunakan dibuat dengan injection mold dan bukannya cetakan, maka struktur binaan ini diyakini kukuh dan tahan lama.  

Dual Extruder Setup
2 x Stepper Motor (Direct Drive)
2 x Heat Sink
2 x 40mm Fan
2 x 0.4mm nozzle
Printer ini ada 2 hotend dengan nozzle bersaiz 0.4mm, dengan setiap hotend mempunyai heater blok yang tersendiri. Setiap extruder juga menggunakan filamen yang bersaiz 1.75mm diameter. Sesuai untuk multi material printing. Berbeza dengan pengalaman saya yang lebih kepada 3mm filamen, filamen berdiameter 1.75mm adalah lebih halus dan tidak memerlukan daya yang kuat untuk extrude. Oleh itu, direct drive sangat menjimatkan ruang kerana tidak perlu gear untuk meningkatkan daya extrusion. Dengan dedicated heat sink pada setiap hotend, print untuk tempoh masa yang panjang tidak menjadi masalah.

Komponen plastik semuanya injection mold. Juga dapat dilihat kekemasan pada wayar. Setiap stepper motor siap dengan socket. Ini satu konsep yang boleh saya ambil juga dalam rekaan printer akan datang. Mudah nak uruskan wayar macam ini.

Satu sahaja komen di sini, semasa saya terima printer ini extruder disimpan dalam kotak dan tidak dan tidak dipasang pada x carriage. Oleh itu, kena letak sahaja dan skru pada carriage. Hanya 2 skru tidak menjadi masalah. Printer yang diterima juga dalam keadaan yang hampir sempurna dari segi calibration, dan proses calibration ini tidaklah begitu sukar. Boleh laras secara manual menggunakan skru dibawah heated bed.

Dari aspek extruder dan hotend, saya boleh rumuskan pilihan jenis hotend dan extruder adalah mudah bagi mereka yang baru bermula. Pada pandangan saya, mungkin boleh diubah konsep kepada bowden extruder bagi meringkan lagi x carriage yang bergerak. Tetapi bagi mereka yang tidak pernah menggunakan bowden, mungkin ini akan memberikan masalah yang lain seperti calibration. Menggunakan bowden ada cabarannya tersendiri. Untuk kawalan extrusion yang mudah direct drive adalah lebih baik.  

4. Saiz Cetak

Heated Bed (225mm x 145mm)
Aluminium Bed, siap berkaption
4 point bed leveling screw bawah aluminium plate (tak nampak dalam gambar)
Berbeza dengan apa yang saya kerap gunakan, heatbed MK1 atau MK2, saiz 200mm x 200mm, heat bed pada C3D Creator D ini agak kecil sedikit. Melihat pada heat bed C3D Creator D ini, saiz bed 225mm x 145mm. Namum begitu, semua komponen telah siap dipasang dan heatbed pun telah siap dikapton sekali. Daripada saiz rangka, mungkin niat untuk upgrade kepada bed yang lebih besar akan terbatas di sini.
Heated Bead Alumminium dengan 4 skru untuk leveling. 
Baiklah, dari aspek print area, saya agak kecewa dengan saiznya. Ini adalah kerana saiz heat bed yang lebih kecil 225mm x 145mm digunakan berbanding yang biasa saya gunakan iaitu 200mm x 200mm. Tetapi mungkin disebabkan oleh satu faktor penting iaitu dual extruder. Menggunakan dual extruder memerlukan ketepatan dalam calibration disebabkan ada 2 nozzle yang perlu ukur agar sentiasa tepat. Sekiranya saiz katil dan rangka ini dibesarkan, semua komponen perlu diubah dan ini juga akan melibatkan kos yang besar.

5. Pergerakan

Dari segi pergerakan, printer ini menggunakan kaedah cartesian. Secara lebih spesifik lagi, pergerakan menggabungkan axis X dan Y dengan Z secara bersendiri. Berbeza dari jenis Prusa dan Mendel, biasanya gabungan axis X dan Z.  Pada pandangan saya, mana-mana jenis pun tidak ada masalah. Bagi printer ini, pergerakan gabungan axis X dan Y bersesuaian untuk kekemasan. Objek yang diprint akan tidak bergerak banyak. Setup jenis cartesian juga mudah untuk calibrate berbanding delta.

X motor. Wayar juga diikat dengan kemas.
C3D Creator D menggunakan rod 6mm dan bearing jenis LM6UU untuk pergerakan. Satu shaft panjang untuk mengawal pergerakan pada axis Y menggunakan rod bersaiz 5mm. Kesemua pulley yang digunakan adalah dari jenis aluminium. Kedudukan sensor end stop mempunyai pcb board tersendiri dengan indikator LED. Satu feature yang menarik. 

Pergerakan Y dikawal melalui main shaft untuk memastikan keseragaman. 
Seperti dikatakan tadi, pergerakan Y seragam menggunakan shaft utama kemudian kepada belt. Belt ini juga disambung dengan belt tensioner untuk mengelakkan backlash.

Linear motion dengan rod M6, dan LM6UU. 
6. Elektronik dan Perisian

Ok, dari segi elektronik, C3D Creator D menggunakan elektronik jenis mightyboard dengan sailfish sebagai firmware utama. Ini membolehkan printer ini berkomunikasi dengan host seperti Replicator G ataupun Makerware. Dokumentasi bagi menggunakan C3D Creator D ini juga disediakan bagi mereka yang memerlukan seperti di sini.

7. Harga

Saya dimaklumkan harga bagi setiap model :

C3D Creator S (Single Extruder) = Coming Soon
C3D Creator D (Dual Extruder) = RM3,450

Syarikat ini juga turut menyumbangkan sebahagian kecil daripada hasil jualan bagi membangunkan program dan aktiviti kepada pelajar-pelajar sekolah dengan kerjasama kelab-kelab 3d. Pihak syarikat juga bersetuju untuk sponsor keahlian masuk Persatuan Cetak 3d. Okeh, boleh like banyak-banyak product ni.

8. Rumusan

Daripada pandangan saya, C3D Creator D adalah sebuah mesin cetak 3d yang mudah digunakan. Berbeza dengan kit-kit yang lain, printer ini tidak memerlukan pengetahuan untuk memasang. Hanya memasang wayar elektrik dan cable USB sahaja, anda sudah boleh mula mencetak. Bagi designer diluar sana, printer ini boleh membantu anda terus kepada merealisasikan rekaan anda. Dengan dual extruder, rekaan boleh dibuat dengan dwi warna. Memandangkan ini adalah syarikat tempatan, support juga mudah dan berdekatan. Tidak perlu hantar mesin ke luar negara untuk dibaiki.

Bagi yang berminat untuk memiliki printer ini, anda boleh menghubungi :

Encik Sujana Rejab
Pengarah Bahagian Pengeluaran Mesin
MyVista Sdn. Bhd.
019-3053000

Akhir kata, selamat mencuba..

6 ulasan:

  1. Nice review. But how about print sample? Boleh test print torture test uploaded from make magazine?

    BalasPadam
  2. pakai software apa? makerware? nice rebranding for flashforge creator made in china. bila nak buat myvista dreamer?

    BalasPadam
  3. Nice review..untuk informasi, kita sudah ada industrial printer yang mencetak logam Dan bahan besi di Malaysia. Boleh datang melawat ke tempat saya untuk informasi lanjut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh beri saya sedikit maklumat perhubungan. Sangat tertarik dengan kebolehan untuk cetak logam...

      Padam
    2. Sy berminat dgn pencetakan logam, emel sy maklumat company tuan Asnawi, ke muhd.naquib@yahoo.com

      Padam