Prinsip pergerakan yang dicadangkan dengan CoreXY seperti di Corexy.com |
Berdasarkan gambar ini. Kaedah CoreXY (nama kaedah sebenar kurang pasti) ini kelihatan menggunakan kedua-dua stepper motor untuk menggerakkan paksi X dan Y secara serentak. Berbeza dengan kaedah lain di mana setiap motor mengawal hanya satu pergerakan, contoh 1 stepper untuk mengawal pergerakan paksi X, dan satu lagi paksi Y. Apa kelebihannya?
- Carriage yang lebih ringan memadangkan stepper motor tidak lagi bergerak. Stepper motor boleh diikat pada rangka printer sahaja.
- Berbanding dengan design Prusa Mendel, MendelMax yang mana Y-carriage perlu bergerak, menyebabkan saiz printer juga turut bertambah. Dengan CoreXY, saiz printer boleh dikecilkan disebabkan oleh penggunaan ruang yang lebih efisien.
Beberapa printer yang menggunakan teknik coreXY yang sedia ada termasuklah :
CoreCuber SAKURA http://www.thingiverse.com/thing:150767
Cyrus 3d Printer http://www.thingiverse.com/thing:76877
UConduit H-Bot 3D printer http://www.thingiverse.com/thing:102972
Memang printer dah ada. Boleh download .stl dan bina sekiranya rasa berminat untuk mencuba. Tetapi tangan terasa gatal untuk cuba design semula printer yang diluar sana. Satu sahaja matlamat saya. Komponen semuanya hendaklah berada di dalam rangka. Hasilnya.
Warna kuning adalah cubaan simulasi pergerakan belt/fishing line. Setakat ni nampaknya selari. |
Gambar sudut lain bagi matlamat yang sama. Ok aja. |
Hasil render awal rangka printer, Zam CoreXY Alt. |
Hasil render awal printer yang bertutup, Zam CoreXY alt. |
Teringin sangat nak bina satu printer ini untuk letak di office. Agak2 bos marah tak? Sekiranya ada pendapat jangan malu dan segan untuk komen ye.
Buat la satu kasi jual...
BalasPadamDah takde bajet nak buat satu. Tapi kalau sape-sape berminat nak buat. Saya boleh bagi design part nye.
PadamKalau buat penutup luar dgn acrylic jernih senang sikit nak tgk, mcm Duplicator 4..
BalasPadamMenarik kalau jernih. Tapi saya khuatir akan nampak wayar2 dan komponen di dalam yang akhirnya nampak serabut. Tetapi saya percaya ada yang pasti suka kalau macam tu.
Padamsalam, nak tanya. 3d printer ni brape pye harga? ?mcm nak beli. nak buat barang2 hobi saya.
BalasPadamHarga from RM1,000 ke atas. Nak murah boleh source parts sendiri dan bina opensource style. Kalau commercial 3d printer rasanya dalam RM 2,000 ke atas.
Padamsalam.. saya ada buat coreXY tapi setting masalah saya guna Merlin firmware daripada smartfriendz tapi bila test print 10x10x2 yang dapat bentuk rhombus,
BalasPadamSalam.. besar kemungkinan kiraan step/mm perlu diubah dan reflash semula firmware. Cuba beri arahan kepada printer dan ukur pergerakan dengan digital vernier. Sepatutnya jarak pergerakan hendaklah sama dengan arahan dalam ukuran mm.
PadamSekiranya berbeza, gunakan formula corexy untuk dapatkan nilai sebenar. http://corexy.com/theory.html