Isnin, 8 Julai 2013

Zam Kossel Alt



Log kali ini adalah mengenai Rostock 3d Printer dan Zam Kossel Alt. Log yang agak panjang.

Sebenarnya saya telahpun mencetak parts Rostock 3d printer dan memasangnya. Tetapi ada beberapa masalah yang menghantui build Rostock ini. Masalah utama saya apabila membina Rostock termasuklah :


  • Tiada support bagi 8mm rod untuk struktur printer yang lebih rigid. Hanya menggunakan 6 batang 8mm stainless steel rod. Pada pandangan saya, 6 x 8mm stainless steel rod ini tidak cukup untuk mengekalkan bentuk printer. Apabila siap dipasang, dan mula mencetak, didapati rod akan melengkung dan mengubah bentuk menyebabkan calibration semula lari. Akhirnya print kualiti yang tidak menentu.
  • Tapak rostock sangat penting. Bentuk dan posisi lubang skru bagi tapak rostock ini amatlah sukar untuk di drill dengan tepat menggunakan mesin tangan. Jika tersalah drill, menjejaskan keseluruhan build. Pada pandangan saya, tapak rostock ini lebih sesuai dimesin daripada dipotong sendiri. Mungkin hantar design tapak untuk laser cut jalan terakhir.
  • Saya dapati untuk calibrate mesin Rostock yang telah dibina seperti post yang terdahulu hampir mustahil. Punca utama kedudukan rod yang tidak tepat pada sudut 60 darjah dari kesalahan drill menggunakan tangan.
Belajar daripada kesilapan ini, aku design semula frame bagi rostock berdasarkan printer jenis baru kossel. Antara matlamat :

  • Sudut yang tepat, self align menggunakan bracket yang diprint sahaja.
  • Menggunakan aluminium extrusion untuk menambah kekuatan struktur. 
  • Mengekalkan penggunaan 8mm stainless steel rod, memandangkan aku dah ada daripada build rostok.
  • Kekalkan part Rostock, recycle semuanya ke printer yang baru.

Hasilnya : Zam Kossel Alt. Ok sekarang gambar.

 
Zam Kossel Alt : http://www.thingiverse.com/thing:108724


Lower Frame, perlukan 3 sahaja. Agak lama untuk di print.
Struktur siap dipasang

Perbandingan dengan MendelMax

Pemasangan awal

Semuanya snap fit. Rod dan Aluminium extrusion tidak diskrukan.
Ketuk masuk pakai hammer je. Ketat.
Top Bracket

Sudut lain

Siap pasang semua 3 aluminium extrusion.

Cubaan awal pada carriage design yang baru untuk sesuaikan dengan printer. Didapati boleh digunakan. 
Snap in LM8U. Didapati kalau design ketebalan  pemegang bearing >  5mm. Dia jadi sangat rigid. Bearing ini dimasukkan menggunakan apit G.

Pada awalnya elektronik boleh simpan di dalam segi tiga. Tetapi dikeluarkan untuk testing dan calibration.

Jeng jeng jeng. Dah nak siap.

Mengukur position katil panas. Heated bed.

Rod asal Rostock boleh digunakan semula.

Cubaan awal didapati frame sangat rigid berbanding Rostock.

Endstop wiring. Wiring disembunyikan dalam aluminium extrusion.

Sedia untuk calibration awal.


Calibration menggunakan pen.

Masalah nozzle akan terbenam di atas katil.

Masalah nozzle tidak cecah katil.




Sedikit Video



Setelah beratus kali flash firmware. Akhirnya result yang diingini. Proses calibration makan sedikit masa. Jadi kena banyak bersabar. 

Pen holder. Mudah dengan pen kilometriko.

Hotend holder. Design semula untuk hotend besi.







Print awal

Hotend sedang beraksi semasa proses calibration

Keputusan awal calibration




Akhirnya

Tersenyum :-)



Kepada sesiapa yang berminat untuk membina :

Frame : http://www.thingiverse.com/thing:108724
Hotend Mount : http://www.thingiverse.com/thing:111971

Sekiranya ada soalan atau cadangan penambahbaikan, tanya dan komen diruang komen di bawah. Jangan lupa untuk like dan share. :-)




33 ulasan:

  1. Salam bro.
    Design dan log yang sangat baik! Saya dalam proses awal membina Kossel printer. Saya akan menggunakan OpenBuild v-slot extrusion sebagai rangka dan Delrin dual v-wheel bersama gantry plate untuk pergerakan linear. Saya bercadang untuk menggunakan Prusa nozzle sebagai hotend. Lain-lainnya adalah sama seperti design yang saudara gunakan.
    Bolehkah saya mendapatkan khidmat saudara untuk mencetak semua bahagian plastik yang saya perlukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, try tengok delta 3d printer forum. Mungkin boleh dapat free kossel tetapi terikat dengan janji kena print dan sedekah pada orang lain lepas tu.

      Padam
    2. Salam bro. Saya telah memohon pada delta 3d printer untuk mendapatkan kossel kit percuma tetapi menurut mereka tiada kepastian untuk saya berjaya dan besar kemungkinan ianya akan mengambil masa yang lama.

      Ya, design menggunakan v-slot extrusion bersama Delrin dual v-wheel mungkin agak mahal tetapi sehingga kini saya masih tidak jumpa penjual aluminium extrusion di Malaysia. Saya telah email beberapa syarikat (termasuk Kosan Aluminium) untuk mendapatkan sebutharga aluminium extrusion tetapi tidak mendapat sebarang balas. Jika saya jumpa penjual aluminium extrusion dan steel rod tempatan yang menjual pada harga yang lebih murah, saya mungkin akan mengguna design Kossel Alt saudara.

      Padam
    3. Salam bro,

      Mengikut pengalaman saya, telefon lebih mudah daripada email. Cuba call semula Kosan. Minta 20mm new conveyor. Sama juga seperti stainless steel, untuk reprap, biasa kita pakai aloy 304.

      Selamat membina.

      Padam
    4. Terima kasih atas nasihat saudara. Saya akan update perkembangan saya kelak.

      Padam
  2. Salam,

    Terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

    Open build v-slot extrusion dan delrin dual v-wheel tu pada saya pilihan yang tepat untuk masa ini. Saya juga mungkin akan bina dengan pilihan seperti saudara sekiranya ingin mula semula. Tetapi memandangkan saya hanya buat sedikit peningkatan daripada Rostock, mungkin kos agak tinggi untuk terus bina seperti saudara. Harga v-slot dan delrin dual v-wheel juga agak mahal. Mungkin lebih menarik jika ada syarikat tempatan yang extrude aluminium seperti ini.

    Berkenaan dengan set plastik. Saya boleh bekalkan tetapi akan memerlukan masa kerana ketika ini ada komitmen yang lain. Walau bagaimanapun, ada rakan saya yang sudi membantu. Sekiranya saudara berminat boleh hubungi dia melalui email a.abdah-at-gmail.com.

    Selamat membina



    BalasPadam
  3. salam bro.. saya dah ada Replicator 2 tinggal nak print part je.. nak dapatkan pendapat tuan la.. sebab bah banyak mesin reprap yang tuan buat.. mesin yang mana mengikut pengalaman tuan yang paling mudah untuk disiapkan..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Welcome to the club. Wah, Replicator 2 tu sangat menarik mesinnya. Ok berbalik kepada persoalan. Susah soalan tu. Saya rasa Zam Kossel Alt adalah mudah untuk disiapkan berbanding yang lain, kerana saya mengambil semua pengalaman pahit membina printer yang lain dan memudahkannya dalam Zam Kossel Alt. Rasa macam bias pula.

      Sebabnya :

      Rostock : apabila saya membina rangka rostock. Saya dapati ianya kurang kukuh, pergerakan hotend juga membuatkan rangka sudah mula bergoyang. Tetapi rostock menggunakan bilangan part yang sedikit agak mempercepatkan binaan.

      MendeMax : Cinta pertama saya pada 3d printing. Sangat suka rekabentuk printer ini, tapi lama kelamaan jumpa banyak kekurangan dia. Pada saya juga mudah untuk disiapkan.

      Kotak3d printer : Mudah pasang dan komponen yang dicetak lebih kurang dari Mendelmax, tapi masalah sama wobble pada z-axis.

      Prusa : komponen yang perlu dicetak tidaklah sebanyak mendelmax. Juga mudah disiapkan kerana pakai threaded rod dengan nut. Senang nak beli, senang siap. Tetapi cabaran dia untuk memastikan struktur dipasang dengan betul.

      Zam Kossel Alt : lebih sedikit parts daripada mendel, prusa dan lain-lain, tetapi lebih banyak daripada Rostock. Lagi pun ianya mirip rostock. Cuma lebih mudah kerana aluminium rod akan self align bentuk tiga segi dengan sendirinya. Senang pasang, tapi perlu masa untuk calibrate. Saya fikir, semua 3d printer jenis delta senang untuk dibina. Tetapi cabaran dia pada calibration. Perlu calibrate dengan betul baru boleh pakai. Tak betul, tak boleh pakai langsung.

      Secara kesimpulan, design yang kurang plastik akan lebih mudah untuk disiapkan. Kadang-kadang printed part ni gagal untuk dicetak. Agak menyakitkan hati. Tetapi saudara menggunakan Replicator 2. Saya tidak ada masalah untuk membina mana-mana printer yang dihajati.

      Padam
    2. Hurmmm.. kurang plastik eh.. design deltalah kalau macam tu kot.. bukannya ape.. bertanya kepada yang dah pernah buat bagi mengelakkan kesilapan yg orang lain pernah buat.. saye kat sini mane ade klik 3D printer.. jalan sorang je nie.. sebab tu buat pilihan beli mesin Replicator 2, nak dapatkan technical support mudah..

      Replicator 2 saye nie masih mude lagi.. jadinya sebelum die rosak.. saye mesti buat beberapa mesin seperti Replicator 2.. kalau tak production line sini sangkut la.. lagipon kalau saye ade banyak mesin 3D.. saye boleh jalankan pengeluaran produk dengan lebih banyak dan pantas..

      Kesimpulan lagi satu yang boleh saye tambah kat sini adalah.. kalau tak cube.. make tak tau ape masalahnye ye tak..

      Padam
    3. Saya fikir bro buat pilihan yang tepat membeli mesin replicator 2. Bagus juga, bro ada peluang untuk intai teknologi mesin replicator tu dan serap pada design mesin2 yang lain kelak. Saya berminat juga nak cuba makerware yang ade tu. Nak cuba gcode yang dijana.

      Berdasarkan review yang saya baca, replicator 2 tidak ada banyak masalah. Hanya bed leveling sahaja yang perlu dilaras semula dari semasa ke semasa.

      Betul lebih banyak printer lebih banyak jaminan. Saya akan terus kongsikan pengalaman saya. Saya juga melihat kehadapan untuk belajar dari saudara. Insyallah, kalau lagi yang berminat, boleh kita aturkan sesi teh tarik dan sembang pasal printer ni. Maklumlah, dunia 3d printing di Malaysia ini masih lagi sepi.

      Padam
  4. Salam bro, boleh tak dalam design Zam Kossel Alt ini kita pakai 5/6" rod untuk menggantikan 8mm rod. Adakah akan ada terlalu banyak slack antara 5/6" rod dengan LM8UU bearing nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf bro tidak pernah cuba lagi. Tetapi melihat pada 5/16 sangat hampir kepada 8mm. http://mdmetric.com/tech/cvtcht.htm
      Mungkin tiada masalah. Tetap kena cuba baru boleh sahkan. Kalau boleh cuba dapatkan 8mm lebih baik. Melihat pada forum reprap. Banyak laporan yang bercampur aduk. Ada yang kata boleh aja, dan ada yang kata sebaliknya.

      http://forums.reprap.org/read.php?151,119089,125414
      http://forums.reprap.org/read.php?151,153212,153248

      Padam
    2. Ok bro. Sebenarnya saya sudah tersalah beli rod. Nanti saya cuba dulu and kongsi pemerhatian saya di sini.

      Padam
    3. Dah cuba ukur diameter rod? dapat measurement berapa?

      Padam
    4. ukurannya 7.94mm bro pakai angkup vernier digital

      Padam
  5. Bro, jangan lupa ukur filament drive spool tu boleh muat tak dalam bracket?

    BalasPadam
  6. filament drive spool atau drive spool tali pancing?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti dengan terminologi. Cuma hati-hati dengan pulley yang hendak digerakkan dengan stepper motor. Cuba ukur dan pastikan boleh muat masuk dalam bottom bracket. Saya dah hubungi sahabat saya, melalui gambar, nampaknya tiada masalah.

      Padam
    2. Owh ya bro. Terima kasih. Saya telah abaikan ukuran bahagian itu sebelum minta sahabat saudara cetak. Akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

      Padam
  7. Salam... tumpang tanye... aluminium slot tu order kat mane yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry baru perasan bro Idris, ada rujukan dalam Sumber.

      Padam
  8. Salam,

    berapakah harga alu slot tu? di mana senang berurusan?

    terima kasih

    BalasPadam
  9. Salam,

    mmg terbaik boleh guna 20x20 senang nak dpt, saya sekarang tgh dalam process printing part utk kossel ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaik zuan..harap dapat kongsikan bersama bila siap nanti.

      Padam
    2. tengah print slow2, semalam baru nak start print top part 80% rumah blackout terus failed tapi part macam boleh guna cuba finishing tak cantik, sekarang maybe mintak bantuan print part ABS utk hotend mendelmax saya print pla jer tak pernah try lagi print ABS

      boleh kongsi contact tak bro? idzuwan at gmail dot com TQ :)

      Padam
    3. salam,

      Bro, Carriage tu xda m3 but slot ke macam rostock original lepas print baru perasan xda slot, sebab saya plan guna rostock ball joint jer

      Padam
    4. slot macam mana tu? kurang jelas.

      Padam
    5. cam ni

      http://mylinux.net.my/blog/wp-content/uploads/2014/06/slot.png

      Padam
    6. Saya tidak sertakan dengan alasan saya hanya terus skru pada plastik. Plastik tersebut akan menjadi nut. Niat sebenar adalah mengurangkan penggunaan nut M3. Tetapi sekiranya lubang tersebut telah di drill dengan bit M3, maka perlu dililit PTFE pada skru agar menjadi lebih ketat.

      Padam
  10. ok saya cuba, sebab takut lama2 screw loose TQ, sekarang tengah mencari sumber smooth rod dgn threaded rod

    BalasPadam
  11. hi ,may i know in your obinion delta printer and prusa printer which one is better?

    BalasPadam