Selasa, 9 September 2014

Mesyuarat Penubuhan Persatuan Pencetak 3d Malaysia




KUALA LUMPUR, 6 September 2014 - Seramai 11 orang rakan-rakan telah bersatu hati dan bersetuju untuk menubuhkan persatuan yang dinamakan "Persatuan Pencetak 3D Malaysia". Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk :


  • Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli persatuan
  • Menggalakkan perkongsian maklumat bersama ahli-ahli persatuan khususnya dalam membangunkan pencetak 3d tempatan
  • Mendapatkan dan mengumpulkan sumber-sumber bagi pembangunan pencetak 3d secara bersama
  • Perkongsian peralatan, kemahiran dan maklumat diantara ahli-ahli persatuan

Pertemuan pertama kali ini telah berlangsung di Swiss Hotel, Kuala Lumpur dan melibatkan 11 orang peminat-peminat pencetak 3d yang terdiri daripada ahli perniagaan, jurutera, guru, pegawai-pegawai swasta dan kerajaan. Walaupun bilangan ahli kumpulan ini masih kecil, kumpulan ini yakin bahawa bilangan ahli akan meningkat dengan mendadak apabila rakyat Malaysia mula berminat dan ingin membangunkan pencetak 3d sendiri.

Rancak dan mesra, berbincang mengenai perlembagaan persatuan dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan
"Kami belum pernah bertemu antara satu sama lain sebelum ini, ini adalah kali pertama kami semua bersemuka, sebelum ini semua perbincangan hanya di dalam telefon sahaja" jelas mereka yang hadir ke mesyuarat tersebut.

Kumpulan ini mensasarkan urusan pendaftaran pertubuhan akan selesai sebelum hujung tahun 2014 tetapi telah mula menerima keahlian kepada sesiapa yang berminat. Sesi perkongsian seterusnya akan diadakan pada 11 Oktober 2014. 

--------------

Baiklah, sebenarnya log kali ini adalah mengenai perjuangan rakan-rakan dan saya. Semoga usaha ini akan memberi manfaat kepada semua. Penghargaan kepada Encik Sujana kerana telah mengusahakan tempat berkumpul yang sangat selesa untuk perbincangan dan tidak dilupakan kepada semua yang telah menjayakan pertemua kali pertama ini.

Kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli dan menyertai aktiviti-aktiviti di bawah kumpulan ini, bolehlah tinggalkan nama dan email untuk dihubungi di ruang komen di bawah.  

Selamat membina.