Isnin, 25 Februari 2013

Kotak 3d Printer

Satu daripada masalah aku,  ketika membina MendelMax 1.5 adalah jumlah plastik yang diperlukan untuk memegang aluminium bagi membentuk rangka printer. Lagi memenatkan apabila komponen plastik Mendelmax ini bukannya mudah untuk print disebabkan overhang yang begitu banyak. Ini membuatkan aku ingin membina 3d printer sendiri, berasakan kepada design mendelmax tetapi mengurangkan bilangan komponen plastik yang perlu dicetak. Hasilnya :

Memperkenalkan Kotak 3d Printer. Haha. Macam salesman la pulak.

Kotak 3d Printer
So printer ini mengambil masa 2 minggu dari design hinggalah siap untuk digunakan. Kotak 3d printer masih  berasaskan design jenis cartesian  Tapi sasaran untuk mengurangkan penggunaan plastik telah berjaya. So antara features printer ini :

  • Platform yang lebih besar, setakat ini aku ada aluminium sheet sebagai bed dengan saiz 200mm x 200mm sahaja. Cubaan dengan plywood didapati saiz platform maximimun 250mm x 290mm. Ini bermaksud anda boleh print objek yang lebih besar. Tetapi cabaran aku adalah untuk membina custom heat untuk saiz itu. Oh ya, printer ini juga boleh discale semula untuk print yang lebih besar dengan mudah.
  • Kurang plastik. Ini bermaksud lebih sedikit masa diperlukan untuk mencetak komponen plastik. Kalau mendelmax ambil masa lebih kurang 3-5 hari untuk mencetak komponen plastik. Komponen Kotak 3d printer boleh dihasilkan dalam masa sehari. 
  • Kurang skru. MendelMax menggunakan M5x10mm skru bagi setiap bracket untuk memegang aluminium. Lebihkurang 12 M5x10mm bagi setiap bucu. So matlamat ini telah berjaya dicapai dengan hanya 2 x M5x25mm bagi setiap bucu.
Kotak 3d printer masih menggunakan x-end ala prusa/mendel. So mudah untuk upgrade daripada printer sedia ada. Printer ini pun masih menggunakan komponen-komponen lain sedia ada, beza utama hanyalah pada rangka sahaja.

Terima kasih kepada Saiful dan Jebat sahabat seperjuangan di atas sokongan dan sumber inspirasi.

Cukup sahaja log aku kali ini. Sedikit gambar :

Kotak 3d Printer 
Perbandingan Saiz Kotak 3d Printer dengan MendelMax 1.5
Sambungan Aluminium, akhirnya tanpa sebarang bracket.
2 x M5 x 25mm untuk mengikat aluminium

Drill jig untuk memudahkan drill aluminium mengikut ukuran sebenar
Z motor mount yang mudah untuk print. 
Y motor mount minimal
Y Idler juga minimal.
First Print


11 ulasan:

  1. Wow inovasi terbaik. project yang amat bagus untuk industry? saya berminat untuk memilikinya. email pada saya di muhammad.zulhariz@gmail.com

    BalasPadam
  2. Terima kasih bro. Tidaklah begitu banyak inovasi. Hanya modifikasi kepada rekabentuk sedia ada. Masih mencuba memperbaiki sistem yang ada. Tetapi untuk design yang ini masih menggunakan banyak plastik berbanding design yang lain. Maka mengambil masa yang lebih lama untuk disediakan.

    BalasPadam
  3. Saya berasa sangat teruja membaca artikel tuan. Saya juga berminat untuk memilikinya. Email saya di rizaarif [at] gmail [dot] com

    Terima kasih semula kerana sumbangan saudara kepada peminat 3D printing di Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih saudara Razi di atas sokongan. Saya akan terus berkongsi pengalaman saya kepada semua agar dapat membantu mereka membina 3d printer. Sekiranya saudara ingin mendapat update saya, sudilah kiranya follow blog ini.

      Oh ya, boleh saya tahu saudara berminat membina printer jenis apa? nanti saya akan cuba bantu mana yang boleh.

      Selamat membina.

      Padam
    2. Saya rasa saya minat dengan kotak 3D diatas. Tapi mungkin sdr boleh beritahu berdasarkan pengalaman tentang pros and cons terhadap kedua printer yg sdr ada.

      Padam
    3. Satu pertanyaan yang baik. Mungkin saya tidak boleh memberi jawapan dengan segera. Insyallah, saya akan sediakan satu post untuk menjawab soalan saudara. Banyak perlu ditimbang untuk menentukan mana yang baik dan buruk. Setiap printer ada kelebihannya dan kekurangan. Ada yang lihat kekurangan itu satu kelebihan dan kelebihan pula satu kekurangan.

      Secara prinsipnya (prinsip sayalah), printer yang baik pada saya :

      1) Reka bentuk yang kukuh.
      2) kurang plastik untuk binaan.
      3) senang mendapatkan bahan binaan.

      Padam
    4. Saya juga mirip dengan prinsip saudara. Mana nak dapatkan bahan-bahan untuk kotak 3d printer diatas?
      Saya tinggal di Ampang.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Salam,

    Pertama sekali saya ingin merakamkan terima kasih saya kepada tuan diatas sumber inspirasi tuan kepada saya. Saya sekarang ini didalam proses membina Reprap Wilson. InsyaAllah akan dapat disempurnakan didalam masa terdekat.
    Namun inspirasi saya tetap kepada Kotak 3D Printer tuan. Oleh itu sekiranya tuan tidak keberatan bolah tak berkongsi file sketchup dan STL untuk membolehkan saya mencuba cetak setelah Wilson saya dapat dibangunkan kelak.
    Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Riza, hubungi saya melalui email. Saya boleh berikan. Tk

      Padam