Selasa, 29 April 2014

Zam Kossel Alt by. Zul a.k.a pentex

Post kali ini adalah sedikit catitan mengenai Zam Kossel Alt yang telah dibina oleh Zulkifli a.k.a pentex. Baru-baru ini saya telah terima email daripada saudara Zul mengenai printer keduanya. Memandangkan binaannya begitu menarik, saya ingin berkongsi gambar binaan beliau di sini.

Lebih seronok sekiranya ada gambar. Mari kita lihat binaan beliau.

Zam Kossel Alt oleh Zul. Mesti perasan ada smooth rod yang terlebih panjang. Saya jangka saudara Zul ada plan untuk extend built height jadi lebih tinggi ni.

Objek yang di print. Kelihatan kemas.

Bearing dengan washer. Ini yang menarik. Saya langsung tidak menggunakan washer untuk kawal belt.
Boleh tiru style dia.  Kelihatan juga printer samar-samar di belakang tu, Prusa i2 rasanya.

Stainless steel rod kah itu? Auto leveling ka itu? Wah sangat menarik. Saya tertarik dengan sleeve cable yang kaler hitam tu? Mana nak cari tu? 

Gambar lebih dekat setup kaca dan heated bed. Binaan panel yang kemas lagi sangat mengancam. Elektronik saya kurang pasti jenis apa.

Berbeza dengan printer saya dan adil. Zul menggunakan design air tripper kalau tidak silap.
Direct drive extruder. 3mm ke 1.75mm filament tu.

Wah cooling system yang mantap. Satu untuk menyejukkan hotend jenis jhead, satu lagi khusus untuk objek yang di print. Gambar ini juga menunjukkan Zul menggunakan threaded rod besi. Ramai yang gunakan carbon fiber rod untuk memastikan carriage ringan. Tertanya juga bagaimana dengan prestasi menggunakan rod besi?

Satu masalah yang dihadapi oleh saudara Zul adalah masalah kaca retak. Mungkin diikat terlalu ketat rasanya. Tapi kaca potong 6 segi memang payah nak cari.
Secara kesimpulan, memang ada pelbagai cara anda boleh bina 3d printer. Kepada saudara Zul saya ucapkan tahniah di atas printer kedua. Seronok saya melihat perkembangan 3d printer di Malaysia masa ini. Semoga lebih ramai yang bina dan berkongsi pengalaman mereka.

Selamat membina :-)




8 ulasan:

  1. salam bro norzam,

    Terima kasih kerana sudi memuat naik hasil 3d printer saya hasil design air tangan saudara norzam "zam kossel Alt." menjawab soalan saudara norzam untuk post di atas...=)

    1. smooth rod terlebih panjang disebabkan kemalasan sendiri untuk potong..dari segi perbandingan harga smooth rod ini 8mm diameter, jenis polish rod dan mudah karat...harga dalam RM10 untuk 6.1meter (lokasi Asia bolt & Nut Kuantan)..so saya minta tuan kedai potong 6 bahagian tu yang terlebih panjang...

    2. Untuk part bearing saya tidak menggunakan washer, sebaliknya saya menggunakn bearing jenis flange edge, kalau xsilap jenis 605zz , center bore 5mm berharga RM4/piece (lokasi International Bearing K.L, Tmn Sungai besi)...so untuk setiap side belting saya menggunakan 2unit bearing yang di apit secara bersemuka, maka terhasillah seperti dalam gambar yang saudara norzam kongsikan.

    3.Untuk push rod saya menggunakan threaded rod diameter 6mm (nak pkai carbon fiber rod tak mampu)

    4. sekarang saya menggunakan Autobed leveling, cuma dalam gambar tu menggunakan getah gelang untuk menjimatkan kos..hehe... walau bagaimanapun, baru2 ini saya baru saja design nak print baru untuk part autobed leveling...insha allah saya akan email ke saudara norzam untuk perkongsian...dan autobed leveling yg baru design ini lebih mantap prestasinya dari yg di atas...insha allah..

    5. Untuk "braided cable sleeving" ni saya beli di Jalan pasar KL, kalau tak silap kedai tu menjual pelbagai transformer dan solar panel (nama kedai tak ingat) harga dalam rm3.50-rm4.50/meter..ada pelbagai saiz.

    6.Elektronik board yang digunakan tak lain dan tak bukan arduino mega+ ramps 1.4..

    7. Filament pilihan adalah 1.75mm

    Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kpd saudara Norzam di atas perkongsian ini...semoga lebih ramai yang sudi membina 3d printer DIY dekat Malaysia ni....

    BalasPadam
  2. salam,

    FYI carbon fiber ROD 5mm beli dkt kedai RC mudah saya baru beli 5MM 1 meter dgn RM9.90 sebatang, ada kedai jual mahal ada jual murah tgk tempat saya biasa beli di mymegastation.com tapi carbon rod solid yg saya beli tak boleh dia post kene walk-in saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas perkongsian.. saya juga nak upgrade ke carbon fiber ROD. Insyallah ada masa saya akan redesign semula carriage untuk sesuaikan dengan magnetic ball joint.

      Padam
    2. salam..terima kasih di atas perkongsian saudara zuan...sekarang menunggu saudara norzam kita update untuk magnetic ball joint style untuk carriage....tak sabar untuk mencuba.... nak tanya di mana saya boleh dapat stainless rod or chrome rod 8mm? berapa anggaran harga untuk semeter agak2 nya ya? sebab sebelum ni saya pkai polish rod tapi setelah sekian lama tidak digunakan ia menjadi karat.... rasa2 harga stainless rod 8mm di website 3dprinter.my tu berpatutan tak harganya? sekian...

      Padam
    3. S.S rod boleh dapat dari C&W area Sg. Besi. Saya guna dari pembekal ini. Maklumat lanjut ada dalam senarai pembekal dan boleh rujuk melalui link situ. S.S rod ini dijual sebatang 6 meter terus. Harga dalam RM60 - 70 kalau tak salah. Boleh dipotong agar lebih pendek dan muat masuk kereta. Tetapi kena caj juga untuk potong ni.

      Pada awalnya saya juga ingat nak guna polish rod, kerana kelihatan lebih polish daripada stainless steel rod. Tetapi dinasihatkan guna S.S. Rupa-rupanya makin lama kita guna S.S rod ni semakin berkilat jadinya.

      Harga di 3dprinter.my tu ok rasanya jika perlukan kuantiti sebanyak itu. Jika perlukan harga yang lebih rendah, boleh cuba beli terus dari pembekal besi.

      Padam
    4. saya beli rod saya di chan sow lin, tak pasti rod tu SS ke polish rod :D, memerlukan bantuan printing ABS part ada sesiapa yang sudi? part yang saya perlukan ialah platform untuk hotend alt kossel, printer saya cuma boleh print PLA buat masa ni tak ada ABS filament dalam simpanan

      Padam
  3. saya ingin membina kossel printer ini, harap bantuan untuk printer part, kat mana nk dapat tutorial nk bina printer ini, ingin membeli printer part.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi menyokong printer ini. Maaf tiada tutorial spesifik untuk membina printer ini. Walau bagaimanapun, tutorial-tutorial am untuk membina kossel ada banyak di dalam web, youtube dll. Boleh dijadikan sebagai panduan juga.

      Untuk printer part (plastik), boleh rujuk ruangan jaringan. Di dalam page tu ada senarai mereka yang dah ada 3d printer dan mungkin boleh bantu untuk print. Boleh cuba email mereka. Komponen-komponen yang lain boleh rujuk dalam ruangan senarai pembekal. Page tersebut ada senarai ringkas kedai-kedai yang menjual parts untuk membantu binaan saudara.

      Selamat membina ..

      Padam