Selasa, 14 Ogos 2012

#1 Pendahuluan

Kebelakangan ini, ramai orang mula berminat untuk membina mesin cetak 3d (3d printer). Bagi sesiapa yang tidak tahu apakah itu mesin cetak 3d, secara ringkas ia adalah sebuah mesin untuk menghasilkan objek dalam bentuk 3 dimensi. Objek ini boleh dibina menggunakan bahan mentah seperti plastik. Oleh itu bila tekan sahaja butang print, hasilnya sebuah objek fizikal yang boleh disentuh dan boleh digunakan terus. Bunyinya macam mudah bukan? mungkin ia amat mudah sekiranya anda menggunakan mesin cetak 3d commercial, yang bernilai puluhan ribu ringgit, tetapi sekiranya anda menggunakan mesin cetak 3d yang dibina sendiri, banyak cabaran yang perlu diharungi sebelum dapat menghasilkan objek pada tahap kualiti yang diingini.

Mesin cetak 3d ini sebenarnya telah ada lama di pasaran tetapi amatlah mahal harganya. Mujurlah ada mereka yang sanggup membina secara opensource, maka kos sebuah mesin ini adalah jauh lebih murah dan boleh dibina sendiri dengan bahan-bahan diperolehi dari hardware store berdekatan. Tapi banyak juga yang ragu-ragu sama ada boleh atau tidak untuk membina mesin ini di Malaysia. Saya juga ragu-ragu pada mulanya. Bagi yang ragu-ragu jawapannya ia boleh dibina sekiranya ada minat dan kesungguhan untuk membinanya. Setelah 4 bulan berusaha, inilah hasilnya.


Mesin Cetak 3d jenis MendelMax 1.5 (RepRap)
Antara objek pertama yang dicetak.

Objek yang dicetak menggunakan MendelMax 1.5 (Vase)

Siapa pulak ni?

Tujuan saya menulis di blog ini adalah untuk merekodkan perjalanan saya membina mesin ini dan sebagai rujukan saya sendiri dan juga kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membina sendiri mesin ini. Perjalanan saya membina mesin ini sebenarnya telah hampir 4 bulan dan ianya amatlah menyeronokkan bagi saya, lebih lagi mesin ini telahpun siap dan berfungsi sepenuhnya. Kini tinggal untuk merekodkan perjalanan membina mesin ini dengan harapan agar kesilapan saya tidak diulangi.

 











5 ulasan:

  1. assalamualaikum,sronok baca journey abg. sy pon mula nk siapkan sbuah 3D printer RepRap Prusa Mendel yg blom di assembled lengkap dgn LCD. beli pon sbb student saya kbanyakan dr ngara luar tlg blikan masa diorg blk kmpung cuti sem..ada geng la nnt in syaa Allah blh kongsi pngalaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Terima kasih sudi lawat blog saya. Lebih lagi terima kasih kerana sudi memberi komen-komen. Kadang kala rasa sunyi juga blog ini. Insyallah selepas bro siap bina nanti boleh jadi lebih rancak perbincangan kita.

      Padam
    2. wow 3 giler cool bang tapi kan nak cari /oder kat mane bang saye pon nak bina jugak 3d perinter

      Padam
  2. sama2 bang,skarang tgh mmasang, reprap prusa plus lcd,tp extruder sy dapat xmcm extruder abg,sume aluminium, n x bleh nk siap sbb kaki plastics parts diorg lupa nk bg,huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak extruder besi tu bleh try tanya saudara Abdah.. tengok link jaringan. Saya pakai extruder yang dia buat.

      Padam