Selasa, 9 September 2014

Mesyuarat Penubuhan Persatuan Pencetak 3d Malaysia




KUALA LUMPUR, 6 September 2014 - Seramai 11 orang rakan-rakan telah bersatu hati dan bersetuju untuk menubuhkan persatuan yang dinamakan "Persatuan Pencetak 3D Malaysia". Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk :


  • Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli persatuan
  • Menggalakkan perkongsian maklumat bersama ahli-ahli persatuan khususnya dalam membangunkan pencetak 3d tempatan
  • Mendapatkan dan mengumpulkan sumber-sumber bagi pembangunan pencetak 3d secara bersama
  • Perkongsian peralatan, kemahiran dan maklumat diantara ahli-ahli persatuan

Pertemuan pertama kali ini telah berlangsung di Swiss Hotel, Kuala Lumpur dan melibatkan 11 orang peminat-peminat pencetak 3d yang terdiri daripada ahli perniagaan, jurutera, guru, pegawai-pegawai swasta dan kerajaan. Walaupun bilangan ahli kumpulan ini masih kecil, kumpulan ini yakin bahawa bilangan ahli akan meningkat dengan mendadak apabila rakyat Malaysia mula berminat dan ingin membangunkan pencetak 3d sendiri.

Rancak dan mesra, berbincang mengenai perlembagaan persatuan dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan
"Kami belum pernah bertemu antara satu sama lain sebelum ini, ini adalah kali pertama kami semua bersemuka, sebelum ini semua perbincangan hanya di dalam telefon sahaja" jelas mereka yang hadir ke mesyuarat tersebut.

Kumpulan ini mensasarkan urusan pendaftaran pertubuhan akan selesai sebelum hujung tahun 2014 tetapi telah mula menerima keahlian kepada sesiapa yang berminat. Sesi perkongsian seterusnya akan diadakan pada 11 Oktober 2014. 

--------------

Baiklah, sebenarnya log kali ini adalah mengenai perjuangan rakan-rakan dan saya. Semoga usaha ini akan memberi manfaat kepada semua. Penghargaan kepada Encik Sujana kerana telah mengusahakan tempat berkumpul yang sangat selesa untuk perbincangan dan tidak dilupakan kepada semua yang telah menjayakan pertemua kali pertama ini.

Kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli dan menyertai aktiviti-aktiviti di bawah kumpulan ini, bolehlah tinggalkan nama dan email untuk dihubungi di ruang komen di bawah.  

Selamat membina.

18 ulasan:

  1. Semoga penubuhan persatuan CETAK3D ini dapat memberi bantuan dan nasihat kepada peminat 3D printer di Malaysia.
    Muhammad Zulhariz Bin Zakaria
    muhammad.zulhariz@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas sokongan. Jemput hadir sesi berikutnya.

      Padam
  2. salam. orang yang tiada pengalaman/kurang pengetahuan pun boleh join? tapi punyai minat yang tinggi :)

    takut kang byk tanya awal2 ni, buat orang anoying je huhu

    BalasPadam
  3. nak join gak!

    Idzuwan (idzuwan(AT)gmail.com) plus nak minta pertolongan print ABS part utk Kossel :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. idzuan, email saya contact no. untuk bincang berkenaan part kossel.

      Padam
  4. Assalam, sya berminat utk mengetahui selok belok 3d print
    hafizzwondi@yahoo.com

    BalasPadam
  5. Assalam Bro Norzam,

    Ble review x berkenaan LekObot (inspired by mendel build) from Thailand. Dengar dia jual as low as 900MYR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Design ok seperti Prusa juga. Cuma beberapa komponen dikurangkan. Boleh di mod semula menjadi prusa mendel. Bro mencari yang dah fully assemble ke? Kerana kalau bina sendiri mungkin juga around harga tu.

      Padam
  6. Assalam!
    O pasal 3D pr ni..boleh ke join. Harga 3D printer ni nampak mcm mahal je...
    z9w2zbd@gmail.com - Zachariya

    BalasPadam
  7. Assalam bro Norzam,,kalu nk jadi ahli..mcmner yer?..bru jumpe blog tuan..;-)..


    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, boleh berikan saya hp no. Saya masukkan dalam Whatsapp Group Cetak3d.. details pendaftaran melalui group aja.. terima kasih.

      Padam
    2. 0122013871-Azhar Ramli..saya duduk di kg lindungan.

      Padam
    3. wechat ada bos?

      Padam
  8. Terbaik, kami nak join.
    Kameel - 0133492808
    Zhafry - +60 12 475 1721

    BalasPadam
  9. Saya pon berminat...ade skit2 basic 3d drawing...guideline nak start ..harap dapat tnjuk ajar..0193737729(fitri5911@gmail.com)

    BalasPadam
  10. Assalam tuan,
    Persatuan ni masih aktif tak?
    saya berminat dengan 3D printing ni tapi sekarang masih "0"lagi ilmu 3D printing.
    berminat nak join persatuan ni untuk dapatkan tunjuk ajar dari sifu2....
    019-3241010 (one0202@gmail.com)

    Tk

    BalasPadam