Khamis, 30 Ogos 2012

#2 Jom beli dan bina 3d printer Malaysia

Baiklah, untuk post #2 aku ingin berkongsi mengenai pembekal-pembekal bahan mentah untuk membina 3d printer ini dalam negara. Dalam pencarian aku, ada parts yang boleh beli dalam negara dan ada parts yang kena import dari luar. Untuk 3d printer yang aku bina ni, kebanyakan parts boleh beli dalam negara je. Nama model 3d printer yang aku bina ini MendelMax 1.5. Untuk maklumat lanjut check reprap.org dan thingiverse.

MendelMax 1.5 oleh Kludgineer
MendelMax 1.5 yang telah siap aku bina dengan sedikit mod.
Sebenarnya terdapat banyak lagi model-model 3d printer yang boleh dibina, bila dah opensource tentulah banyak modelnya. Di antara jenis opensource 3d printer yang aku rasa popular ketika ini adalah :

1. Prusa Mendel
Prusa Mendel antara yang paling banyak support. Siap video kat youtube
macam mana nak pasang step-by-step.
2. Printrbot

Printrbot nih paling compact, ade step-by-step video juga. Tapi print size dia kecik sket.
3. Rostock
Rostock adalah antara printer yang paling gempak. Next project la kot.

4...... the list goes on and on.

Kesemua jenis printer di atas boleh dibeli dalam bentuk kit atau siap dipasang sepenuhnya (fully assembled). Secara peribadi aku syor beli dalam bentuk kit dari satu pembekal sahaja, boleh jimat banyak. Dari pengalaman aku, membeli dari lebih dari satu pembekal boleh ikut jalan susah cari pembekal satu per satu, akhirnya ada yang komponen yang tak sesuai. Kena ketuk harga pun ada juga. Sekarang dah ada local supplier yang jual kit ini. Boleh save banyak dan lebih mudah nak dapatkan support. Oh support sangat penting. Kadang-kadang bleh rasa nak give up.

Ok, sebelum anda pergi shopping untuk membeli barang-barang, pastikan adalah telah semak Bills of Materials (BOM) atau kata lain list barang-barang keperluan untuk printer. Antara perkara yang aku paling menyampah bila nak pasang printer, ada komponen-kompenen tak cukup, skru tak cukup, bearing tak cukup, belt tak cukup panjang dan lain-lain seumpamanya. Oleh itu, buatlah persediaan agar senang kemudian hari.

Baiklah, kita balik semula senarai pembekal. Berikut adalah senarai pembekal yang aku gunakan untuk membina MendelMax 1.5 saya. Pembekal-pembekal ni juga boleh digunapakai untuk membina printer yang lain-lain tu. Kalau korang ada pembekal lain yang sudi nak kongsi bleh la tinggalkan komen, nanti aku bleh update masuk dalam list. Kita sama-sama untung bukan?

Fully Assembled & Kit
www.reprap.my

Komponen Berasingan
www.reprap.my (Komponen plastik, RAMPS, Heated Bed, Elektronik, Stepper Motor, ABS filament)
www.blomkers.com (Mostly elektronik, bearing, belt, heated bed)
cetak3d.blogspot.com (plastik parts..dengan tak malunya nak iklan jugak)
Kosan Aluminium (Aluminium Frame, Alu Sheets)
Misumi Malaysia (Aluminium, Bearing, Linear Bearing, Skru, Rod, Belt, Pulley, Tempered Glass)
Unicircle (Skru, Nut, Rod)
C&W Trading (Stainless Steel Rod)
Cytron (Arduino, Stepper Motor, Cables)
Lotus City (Bearing, Linear Bearing)







8 ulasan:

  1. Di www.reprap.my ada menjual full kit? saya berminat untuk memiliki 3d printer

    BalasPadam
  2. Saya tidak pasti sama ada full kit atau tidak. Boleh cuba hubungi mereka.

    BalasPadam
  3. kat mana boleh dapatkan printer 3d kalau kt malaysia ni? kalau yang ni ok tak? http://www.lelong.com.my/reprap-3d-printer-prusa-i3-fully-assembled-calibrated-acepower-145327149-2014-03-Sale-P.htm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenis printer Prusa i3 tu ok. Kalau mengikut iklan sudah siap dipasang dan calibrate. Memang sesuai dengan harga tu, biasanya lebih mahal dari itu.

      Padam
    2. link itu ,salesman sudah hilang .
      i just build one for my friend but part buy from china . looking for malaysia good sales now.
      https://www.youtube.com/watch?v=f7tBryJ3Das&list=PLP2pIWO1Ye65g_A_SWkEIiYZOULqgPyQI

      Padam
  4. kat mane blh sya beli printer yg boleh print terus di atas kayu dgn size A3 & tebal 3cm?

    BalasPadam
  5. Assalam..maaf nk tnya,senarai pembekal tu semua dalam malaysia ke? Tq :)

    BalasPadam