Isnin, 18 Ogos 2014

Delta 3d Printer Lagi...

Log kali ini adalah mengenai Delta 3d Printer. Sudah banyak jenis delta 3d printer di luar sana dan macam-macam upgrade yang ada. Tetapi tidak semua features dirangkumkan sekali dalam satu printer. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Kali ini saya ingin cuba masukkan kesemua features tersebut dalam satu 3d printer. Hasilnya :

Zam Delta Printer
Kalau lihat sebelah mata, memang rekaan macam ala Rostock design asal oleh Johann. Memang betul, design ini hanya makeup kepada design asal. Kerana tiada bajet nak bina, macam biasa hanya rendering aja. Kalau ada sesiapa yang ingin bina mesin ni. Boleh hubungi saya. Baiklah, apa feature yang dimasukkan :
  • Stainless steel rod upgrade kepada 12mm diameter untuk menambahkan rigidity. Boleh upgrade kepada linear rail/guide. Rasanya 12mm dah cukup solid.
  • Base daripada solid aluminium, untuk support. Sebelah atas juga daripada solid aluminium. 
  • Heatbed dengan autolevel menggunakan force sensor
  • Rekaan tertutup. Banyak tengok orang pakai acrylic untuk cover printer sekiranya letak dalam office yang berhawa dingin. Maka, siapkan terus enclosure dia. Akhirnya, boleh buat climate control dalam print area.
  • Magnetic ball joint. Untuk design ini menggunakan 20mm x 3mm x 3mm (countersink hole) untuk pegang ball joint. Secara tidak langsung platform (tempat bubuh hotend) juga menggunakan magnetic ball joint. Cubaan simulasi menunjukkan range of motion yang lebih besar daripada printed rod.
  • Rod carbon graphite/carbon fiber untuk rigidity
  • Komponen elektronik semua sorok dalam base
  • LCD depan dan SD card slot sebelah sisi. 
  • Port power supply ala iMac Pro untuk flush.
  • Cooling fan di bawah base, dan sedut angin dari luar dan hembus keluar sebelah bawah 
  • Sepatutnya lebih senyap daripada kossel/rostock sebab dah tutup. Masih ada lubang sebelah atas.
  • Cermin boleh buka ke atas, atau guna roller dan motor untuk automatik
ZDP rendering sisi
Baikla, itu aja untuk minggu nih. Saya tengah fikir apa feature yang dimasukkan lagi dalam design ini. Kalau ada feature yang diinginkan bolehlah sumbangkan melalui komen. Terima kasih kerana sudi lawat dan jangan lupa untuk subcribe. :-)

Selamat membina




2 ulasan:

  1. Salam. Saya nak buat satu Delta yang lagi tinggi, yang boleh print maximum dalam satu meter, boleh bagi nasihat tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik. Saya belum pernah cuba sebesar itu. Tetapi saya pernah lihat ada yang dah berjaya. https://plus.google.com/+JohnOly/posts/WKTWfv4mVLq?pid=6051977810413943906&oid=100979615117901788159

      Padam