Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada bro Zul kerana telah berjaya mod Prusa i2 ke i3. Saya belum pernah cuba bina printer jenis ini, hanya pernah mencetak beberapa komponen kepada rakan-rakan yang memerlukan parts ini. Terima kasih juga kerana sudi kongsi gambar, maka tanpa melengahkan masa. Mari kita sama-sama lihat printer yang dibangunkan oleh saudara Zul ini.
|
Prusa i3+ oleh Zul. Kenapa rod yang tinggi tu?
|
Seperti biasa, rod yang lebih panjang dan terkeluar daripada body. Maksudnya printer ini dibina sendiri dengan komponen yang dicari sendiri. Kalau beli kit tak jadi macam ni. Hehehe. Saya memahami kalau nak potong stainless steel rod ni memang berpeluh kalau takde angle grinder.
|
Kemas binaan oleh zul ini. Gambar juga menarik. |
Sekiranya diperhatikan betul-betul, nampaknya threaded rod yang digunakan adalah lebih kecil? M6 mungkin. Kena tunggu bro Zul sahkan. Yang menjadi persoalan kepada saya, adakah menggunakan rod yang berdiameter lebih kecil memberikan pergerakan Z yang lebih baik daripada rod M8. Selain itu, saya suka melihat kekemasan wayar-wayar printer ini. Semuanya dimuatkan dalam rangka sebelah dalam menjadikan printer kelihatan sangat kemas.
|
Pandangan belakang. Warna purple nih pun menarik juga. Plastik PLA?
|
|
Pengurusan cable yang baik. Siap dengan socket computer tu.
|
Antara feature yang menarik pada pandangan saya adalah socket 3 pin ni. Bila perhatikan betul-betul ada power supply di dalam rangka juga. Kedudukan power supply yang ngam-ngam muat ini amat menarik. Bukan setakat power supply, ramps 1.4 juga ada selit dalam tu. Ini bermaksud penggunaan ruang yang baik dan printer ini pastinya sangat compact. Wayar dengan sleeve hitam juga memastikan kekemasan yang tinggi. Tinggal lagi 2 keping gambar sahaja lagi.
|
Tidak dilupakan extruder dengan metal hotend. Saya rasa saudara Zul guna E3D hotend ni. Manakala extruder pulak saya kurang pasti apa jenis gear yang digunakan. Tetapi yang pasti direct drive dengan tube assist. |
Warna ungu nih menarik sungguh pada saya. All metal hotend dengan 40mm fan pastinya mantap untuk print ABS dan nylon. Harap saudara zul dapat kongsikan jenis gear yang digunakan. Saya belum pernah cuba lagi.
|
Gambar terakhir. Rangka aluminium Prusa i3+. Jangan main-main katil juga aluminium tu. Memang solid printer ini. |
Sekali lagi terima kasih kepada bro Zul kerana sudi kongsikan bersama saya printer beliau.
salam saudara norzam,
BalasPadamterima kasih kerana sudi memuatnaik gambar 3d printer prusa i3+ saya.. untuk menjawab pertanyaan saudara.
1. berkenaan stainless steel rod yg terlebih tu..sememangya tepat telahan saudara, memang x ada angle grinder msa mula buat ni...masa potong SS rod untuk Y-axis amat meletihkan..so saya hanya potong 2 dari 6 rod yg ada...
2.Untuk thread rod z-axis saya mengunakan diameter M5 X0.7mm pitch. sebelum ni saya menggunakan M8 tp bila terdapat support pada hjung rod 1 lagi akan berlaku z-wobble pada printing object (klu printer prusa i2 bhagian thread rod z-axis akan di biarkan tergantung pada hujungya). Melalui bacaan di forum2 mreka mencadangkan mengunakan thread rod yg lebih kecil. dan kesimpulan selepas menukar kepada yg lebih kecil menyelsaikan masalah saya.
3. Filament adalah jenis PLA, sebelum ni guna ABS n memandangkan ABS bukan jenis biodegradable dan berbau so saya bertukar kepada PLA yg diktakan green-tech dari corn starch...(sebenarnya nak elakkan warping edge klu guna ABS..huhu)
4. untuk hotend saya menggunakan E3D hotend, direct drive gear rekaan sendiri dan gear dari jenis improved raptor drive gear 26 teeth. Setakat ni printing smooth x ada slippery walaupun printing pada speed 120-140mm/s. sebelum ni pkai mk7 gear tapi kena kerap servis disebabkan gear2nya yg halus memerangkap serpihan filament.