Khamis, 7 Ogos 2014

Printer Baharu : Zam MendelMax LC Mod

Memperkenalkan Zam Mendel Max LC. Mesin 3d printer yang menggunakan komponen laser cut acrylic sebagai asas binaan. Matlamat mesin, pembinaan komponen dengan pantas,  pemasangan yang mudah dan khusus untuk mereka yang kali pertama membina printer. Design ala cartesian juga memastikan kawalan, dan penyediaan perisian yang lebih mudah. 

Seperti biasa gambar : 

Zam Mendel Max LC Mod (Pandangan hadapan)
Ciri-ciri Zam Mendel Max LC :
  • Inspirasi design asal Mendel Max 1.5  / Prusa
  • Boleh dibina daripada bahan yang mudah didapati seperti acrylic (5mm)\MDF\Aluminium
  • Laser cut. Cepat dan tepat.
  • Dimensi printer lebih kurang 400mm x 500mm x  450mm
  • Saiz printing 200mm x 200mm x 150mm
  • Menggunakan Aluminium standard saiz 2020
  • Stainless steel rod M8 dan linear bearing LM8UU untuk linear motion 
  • Rekaan had saiz skru kepada M5 dan M3 sahaja. Memudahkan inventori.
  • Rekaan dengan memudahkan penyelenggaraan komponen (easy access)
  • Menggunakan MDF atau plywood sebagai firewall (pelapik tahan panas) kepada hotend.
  • Soket untuk menggunakan ribbon cable bagi pengurusan cable lebih kemas
  • Struktur yang kukuh, sangat kukuh sekiranya dibina dengan aluminium 100%
Zam Mendel Max LC (Pandangan Sisi)
Cubaan memotong komponen menggunakan laser cutter. Hasilnya sangat memuaskan.

Komponen yang telah dipotong (Laser cut acrylic) menggunakan acrylic jenis clear. 
Bersambung...



4 ulasan:

  1. salam saudara norzam,
    lama xmelawat blog saudara..tau2 dah ada post terkini new alt. zam 3d printer...
    syabas!!! saya pon sudah menaik taraf 'prusa i2' kepada prusa i3+....sememangnya klu sudah faham basic konsep 3d printer ni memang teringin saja untuk design atau menaik taraf 3d printer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih saudara Zul kerana masih setia dengan cetak3d. Saya juga berminat melihat printer saudara. Kalau ada kelapangan boleh emailkan gambar. Insyallah saya akan rakamkan dalam blog ini.

      Padam
  2. Terima kasih saudara norzam, satu penghargaan dari saya kpd saudara norzam krn sudi berkongsi hasil 3d printer saya di blog saudara...insha allah saya akan memuatnaik gambar 3d printer saya dlm waktu terdekat... boleh tahu x buat laser cut di mana ya? sebab prusa i2 yg saya upgrade ni ada mengunakan perkhidmatan laser cut dari sykt oh tung sang hardware dari laman web yg saudara kongsikan... harga xpasti mahal atau x? klu ada tempat lain yg menawarkan laser cut ingat nak buat perbandingan harga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh try tanya http://www.cenadart.com.my/ untuk laser cut.

      Padam