Isnin, 17 Februari 2014

Perbandingan elektronik untuk 3d printer

Komponen elektronik pilihan saya. RAMPS 1.4
Antara soalan yang kerap ditanya adalah "Apakah jenis elektronik yang sesuai digunakan untuk mengawal 3d printer saya?". Untuk makluman, ada berbagai-bagai jenis elektronik yang ada di luar sana. Tetapi pada sehingga kini, set yang saya beli semuanya RAMPS1.4 yang digandingkan dengan Arduino Mega 2560. Ya, kedua-dua set ini adalah set yang berbeza. Mesti ada RAMPS1.4 satu dan satu Arduino Mega 2560 barulah lengkap. Oleh kerana saya tiada elektronik yang lain. Maka saya tidak boleh komen kelemahan dan keistimewaan set elektronik yang lain. Bias kata orang.

Gambar kenangan ketika mula-mula menguji set elektronik pada tahun 2012
Tetapi bagi mereka yang ingin membuat pilihan. Saya rasa laman web ini dapat membantu anda membuat pilihan.

http://reprap.org/wiki/Comparison_of_Electronics

Kini semakin banyak pembekal-pembekal elektronik dan harga juga semakin lama menjadi semakin murah. Saya berharap rakan-rakan juga dapat kongsikan pengalaman menggunakan set elektronik yang berbeza sekiranya ada. Mungkin dapat membantu yang lain membuat pilihan.

Memandangkan tajuk post adalah perbandingan elektronik untuk 3d printer, dan tiada perbandingan disini. Saya pohon maaf sekiranya post ini mengelirukan. Tujuan post ini adalah untuk berkongsi link tersebut di atas sahaja.

Sekian, selamat membina


2 ulasan:

  1. Saya tak pernah pakai Ramps 1.4 tapi dengan Arduino saya sangat familiar. Mungkin jika saya ade Ramps 1.4, saya boleh cari Arduino yang lebih murah..tak semestinya MEGA, Mungkin MINI pon boleh, bergantung kepada memory. Cuma sekarang masih blurr dengan RAMP1.4... Perlukah RAMPS1.4... Mesin CNC saya hanya perlu pakai Mega dan Stepper driver sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Kalau mahir dengan arduino pasti boleh guna arduino dan stepper sahaja atau reka sheild sendiri. Masalah saya adalah kurang arif bab elektronik. Oleh itu guna apa yang dah ada sahaja, yang penting disokong oleh firmware yg dah tersedia.

      Setahu saya, selain RAMPS l, ramai juga yang gunakan Gen 6, Gen 7 yang mana disokong oleh firware sedia ada iaitu Marlin dan boleh etch sendiri board dia. Cuba saudara lihat firmware yg dah ada. Kalau boleh lakukan tanpa RAMPS. Saya amat tertarik untuk belajar dari saudara.

      Padam