Sedikit gambar printer beliau seperti di bawah :
Zam Kossel Alt. by Adil |
Komponen plastik awal telah dicetak oleh saudara Abdah. Gabungan warna biru dan hitam memberikan kesan visual yang menarik (alasan sebenar adalah akibat kehabisan plastik). Dengan kadar infill yang tinggi, bracket atas dan bawah menggunakan agak banyak plastik, tetapi ini memberikan kesan kepada struktur yang lebih kukuh. Jangan kedekut plastik disini. Struktur yang kukuh itu penting.
Satu keputusan menarik oleh saudara Adil adalah untuk menggunakan fishing line/wire sebagai ganti kepada belt dan pulley untuk menggerakkan carriage. Langkah ini menjimatkan banyak kos dalam binaan kerana aluminium pulley dan belt juga agak mahal. Saya agak khuatir dengan keputsaan ini pada awalnya, tetapi ujian oleh saudara Adil membuktikan bahawa perubahan ini boleh dilakukan dan tidak menjejaskan kualiti printing.
Berapa jumlah kos yang berjaya dijimatkan. Agak banyak. (1 aliminium pulley dalam RM30-RM60, kalau kali dengan 3), belt juga agak mahal. Oleh itu, fishing line, memang save banyak RM.
Tidak lagi menggunakan belt, hanya fishing line menggantikan belt. Sambungan dan pergerakan kemas. |
Pulley yang diprint sahaja untuk mengikat fishing line. |
Saudara Adil juga mengekalkan penggunaan bowden dengan filamen 3mm berbeza dengan trend semasa yang lebih gemar menggunakan bowden dengan filament 1.75mm.
Masih mengekalkan bowden extruder dengan diameter filamen pilihan 3mm. |
Gambar di bawah menunjukkan hasil print pertama saudara Adil. Syabas. Di harap lebih banyak gambar print oleh saudara Adil pada masa akan datang.
Aku tak pasti nama robot ni dan di design oleh siapa. Tetapi yang pasti ada sedikit masalah bulu ketiak akibat daripada overhang. Insyallah, boleh diatasi dengan menggunakan autofan. |
- Penggunaan filament driver (fishing line) menggantikan belt dan pulley. Perubahan ini juga tidak menggangu setting kepada firmware sedia ada.
- Heated bed jenis bulat dan kaca jenis bulat. Berdasarkan maklum balas, ada masalah kaca yang mudah pecah. Walau bagaimanapun, saudara Adil masih mengkaji punca sebenar masalah ini.
- Menggunakan kissSlic3r untuk slice objek (ini bukan perbezaan pada hardware, lebih kepada pilihan software).
Tahniah saudara Adil di atas printer baru anda.
Salam. Lama juga rasanya masa dari saya mula-mula menghubungi saudara Norzam di blog ini sehingga siapnya 3d printer saya. Design Zam Kossel Alt ni memang bagus kerana agak murah untuk dibina dan ianya sangat kukuh dan lancar. Banyak benda yang saya belajar dalam proses menyiapkan printer ni dan banyak juga masalah yang saya tempuhi. Contohnya seperti masalah hendak mencari barang-barang binaan dan masalah setting firmware. Apa yang pasti adalah tanpa support dari saudara Norzam dan saudara Abdah printer ini mungkin tidak akan siap. Terima kasih. Saya akan teruskan perjalanan 3d printer saya dengan usaha penambahbaikan dan juga cuba untuk design dan print pelbagai objek. Saya akan update lagi kelak. Sekian.
BalasPadamsalam. saudara norzam, baru2 ni saya ada bina 3d printer jenis ini (koleksi printer ke-2) . saya juga mengalami masalah yg sama seperti saudara adil azhar...glass platform pecah, setting temp 125C..tapi start detect pecah bila suhu reach 100C..mengunakan custom heatbed jenis silicon...melalui pemerhatian mgkin disebabkan heatbed sbb yg saya nampak heatbed jenis ni dapat mencapai suhu 125C sangat cepat...maybe glass xdapat menerima perubahan suhu yg mendadak... agak2 klu guna tempered glass or aluminium plate menyelesaikan masalah x?
BalasPadamSalam saudara pentex, saya dan saudara abdah juga pernah mengalami masalah yang sama. Saya bukanlah seorang engineer, oleh itu saya hanya mampu menjelaskan pengalaman saya sahaja.
Padam1) Kaca pertama yang saya gunakan adalah tebal, kaca biasa setebal 5mm. Retak apabila cecah suhu 115c. Keadaan bilik berhawa dingin. Saya menggunakan klip yang ketat untuk memegang kaca. Rumusan saya adalah suhu bilik sejuk menyebabkan dan faktor klip yang ketat menyebabkan tiada ruang untuk kaca mengembang lalu pecah. Kaca yang agak tebal menyebabkan jurang suhu bawah kaca (yang melekat pada heater) dan sebelah atas kaca disebabkan oleh suhu bilik yang agak sejuk 23c menyebabkan pemanasan yang tidak sekata, lalu pecah. Banyak kali guna kaca 5mm tidak berjaya saya ubah yang lebih nipis 3mm. Banyak improvement.
2) Tukar kaca tebal 3mm, retak apabila suhu cecah 120c. Tapi menggunakan kapton tape saya print aja walaupun atas permukaan yang retak. Boleh digunakan tetapi ada nampak garis retak di bawah objek yang diprint.
3) Kaca 3mm, dengan suhu 110c sebagai suhu maksimum. Tiada retak setakat ini. Suhu bilik dalam 28c. Ini adalah setup favourite saya pada masa ini dengan suhu ketika mula print 90c dan terus meningkat hingga maksimum 100c sahaja. Telah gunakan cara ini tanpa perlu ke kedai kaca lagi.
4) Ada juga pendapat bahawa bukan masalah perbezaan suhu, tetapi setelah lama menggunakan kaca berulang kali pada suhu 100c, kaca itu akan menjadi lebih keras dan stabil.
5) Tempered glass adalah pilihan terbaik. Pada pandangan saya kerana boleh digunakan untuk suhu lebih daripada 200c.
6) Aluminium sebagai bed tidak pernah guna sebab (kalau tidak silap terbaca dalam forum) akan bengkok setelah beberapa heating cycle.
melalui pencerahan saudara norzam..sememangnya penerangan (1) sama yang berlaku kepda saya, berasa juga penerangan saudara sbb kaca memerlukan ruang untuk mengembang apabila panas dan heatbed jenis silicon yg saya guna mgunakan 3M tape untuk dilekatkan terus ke kaca..ini menambahkan lg kesukaran untuk kca mengembang ...dan sekarang ini saya juga melakukan perkara yg sma sprti penerangan (2)...insha allah sekiranya ada perkembangan lanjut saya akan kongsikan diblog ini
Padam