Untuk design kali ini, aku tetap menggunakan sketch up. Cadangan aku adalah untuk letak panel dihadapan, diantara y-belt tensioner dan lower bracket. Aku turut buat socket untuk LED saiz 3mm x 2mm dan siap dengan lubang untuk kaki LED.
Kalau perhatikan betul-betul, saiz lubang tidak sama. Sepatutnya M5 untuk mount panel. |
Travel at 60mm/s. Masa print 1 jam. |
Print mengambil masa lebih kurang satu jam walaupun tebal 5mm jer. Boleh dicepatkan lagi kalau increase travel. Tapi buat masa ini aku ada sedikit masalah dengan extruder. So, biar lambat asal selamat.
Cubaan pertama untuk snap-fit panel berjaya.
Cuba masuk LED 3mm x 2mm berjaya. |
Kaki LED boleh bengkok ke bawah. Connect pakai servo socket. |
Sebelah belakang Panel |
Siap diuji pada frame MendelMax. Selepas ini panel akan ditanggal untuk pemasangan wayar. Secara keseluruhan aku puas hati.
Dapatan :
- Lubang untuk mount LCD tidak selari. Off by 1.5mm. Perlu tweak semula design. Buat masa ini aku guna cable tie sahaja untuk mengikat LCD pada panel.
- Saiz lubang untuk mount panel di sebelah bawah sepatutnya M5. Tetapi kecuaian aku terbuat M3. Tetapi tidak ada masalah, drill sahaja dengan drill bit M5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan