1) Google SketchUp + Plugin Guitar-list
2) Slic3r
3) Pronterface (Printrun)
Bagi menghasilkan objek 3d, secara ringkasnya terdapat (5) langkah. Pertama, anda perlu design model menggunakan aplikasi pilihan anda. Dalam contoh ini, saya menggunakan SketchUp. Ia adalah percuma. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan SketchUp, ia adalah perisian yang paling mudah yang saya pernah gunakan untuk mereka cipta objek 3d dengan pantas. Contoh di bawah adalah kiub 20mm x 20mm x 20mm.
Dengan hanya menggunakan perisian ini sahaja, anda boleh membina pelbagai objek 3d. Walau bagaimanapun, masalah utama adalah untuk menghasilkan fail dengan format .stl seperti mana yang diperlukan oleh mesin pencetak 3d anda. Lazimnya, SketchUp akan menyimpan fail dalam bentuk .skp . Fail ini tidak boleh diproses oleh perisian 3d printer.
Langkah (2), anda perlu eksport fail kepada bentuk .stl. Untuk mengubah format fail daripada .skp kepada .stl. Anda boleh gunakan plug-in. Paling mudah adalah plugin daripada Guitar-list. Boleh dapatkan di sini. Download fail tersebut dan masukkan dalam folder plugin Sketchup (rujuk arahan di site tersebut). Kemudian install plugin tersebut melalui menu preference dalam SketchUp. Akan ada peringatan bahawa anda menggunakan extension dari luar. Tekan Yes sahaja.
Kemudian pilih Export Units dalam Milimeter.
Langkah (2), anda perlu eksport fail kepada bentuk .stl. Untuk mengubah format fail daripada .skp kepada .stl. Anda boleh gunakan plug-in. Paling mudah adalah plugin daripada Guitar-list. Boleh dapatkan di sini. Download fail tersebut dan masukkan dalam folder plugin Sketchup (rujuk arahan di site tersebut). Kemudian install plugin tersebut melalui menu preference dalam SketchUp. Akan ada peringatan bahawa anda menggunakan extension dari luar. Tekan Yes sahaja.
Setelah anda install plugin ini maka proses eksport fail menjadi .stl lebih mudah. Untuk eksport buka lukisan 3d pilihan anda. Selepas anda berpuas hati dengan lukisan 3d anda. Gunakan menu Tool > Export to DXF or STL untuk eksport kepada .stl.
Kemudian pilih Export Units dalam Milimeter.
Dan pilih Export Entities STL.
Berikan nama yang sesuai dan jangan lupa extension fail tersebut hendaklah nama objek.stl. Kemudian simpan fail di folder pilihan anda. Dalam contoh ini objek 3d yang saya simpan dengan nama kiub.stl
Baiklah, sekarang anda sudah ada fail dengan format .stl. Fail ini penting untuk proses seterusnya.
Langkah (3)seterusnya adalah untuk menghasilkan fail .gcode. Untuk itu kita akan gunakan software slic3r. Slic3r ini berfungsi untuk terjemah lukisan kepada gerakan pada mesin untuk menghasilkan objek 3d. Arahan untuk menggerakkan mesin 3d adalah disimpan dalam format gcode ini.
Buka aplikasi slic3r, dan load objek 3d anda dalam format .stl sebentar tadi. Tekan Add dan pilih fail .stl yang berkenaan.
Di dalam perisian ini anda boleh menggunakan tab setting yang ada seperti Platter untuk menyusun objek di atas 3d printer anda. Print Setting menetapkan pelbagai setting yang lain seperti kelajuan pergerakan, ketebalan cetakan dan lain-lain. Boleh cuba explore untuk mendapatkan cetakan yang terbaik. Apa yang penting di sini adalah gcode yang dihasilkan. Ia penting untuk langkah seterusnya.
Langkah (4), siapkan arahan gcode dalam Pronterface. Pronterface adalah antara perisian yang ada untuk mengawal mesin cetak anda secara terus. Anda juga boleh gunakan perisian yang lain seperti YARRH ataupun ReplicatorG. Saya lebih gemar Pronterface kerana lebih user friendly.
Sekarang hanya tinggal untuk load fail gcode yang berkaitan dan print objek yang telah kita bina menggunkan SketchUp.
Gambar ini adalah gambar objek pertama yang saya cetak menggunakan 3d printer. Walaupun objek yang dihasilkan tidak kemas, perasaan sungguh menggembirakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan