Sebelum terus kepada catatan binaan kali ini, saya jelaskan masalah yang dihadapi oleh filament extruder semasa yang menyebabkan terpanggil untuk membina semula :
- Ketahanan plastik : Saya berhijrah dari binaan filament extruder daripada kayu dan besi kepada plastik untuk memudahkan menghasilkan komponen-komponen binaan yang tepat mengikut dimensi. Mudah ada 3d printer untuk cetak komponen dengan tepat. Tetapi, plastik tetap plastik. Walaupun reka bentuk komponen plastik telah dikukuhkan, ternyata plastik tidaklah sekuat kayu. Akibatnya, komponen kerap rosak dan perlu diganti. Komponen seperti gear yang dicetak dengan plastik hanya mampu bertahan untuk tempoh seminggu sebelum giginya hilang atau patah. Proses mencetak yang agak lama dan kekerapan untuk mencetak semula komponen-komponen merupakan penyumbang utama kepada ubah semula kepada kayu atau besi.
Patah lagi. |
- Reka bentuk : Perkembangan reka bentuk filament extruder telah banyak memberi idea-idea baru yang boleh ditiru. Reka bentuk filament extruder yang dahulu, seperti Lyman V1 ada kelemahan seperti sukar nak diselenggara. Untuk menyelenggara, komponen-komponen utama hendaklah ditanggal dan ini bukannya satu perkara yang mudah.
Matlamat kali ini :
- Bina semula daripada kayu atau besi dengan reka bentuk baharu. Memotong dan menebuk lubang pada kayu atau besi adalah jauh lebih cepat daripada mencetak dengan plastik bagi reka bentuk yang sama.
- Reka bentuk semula filament extruder hendaklah mengambil kira aspek penyelenggaraan, memudahkan cara untuk mengganti komponen-komponen yang rosak. Pada ketika ini reka bentuk yang akan menjadi inspirasi (Russ Filament Extruder) dan mempengaruhi binaan kali ini. Hanya perlu longgarkan beberapa skru, semua komponen boleh ditanggalkan terus untuk tujuan penyelenggaraan.
- Mengurangkan penggunaan plastik. Kerana daripada pengalaman, agak sukar komponen plastik untuk menahan tekanan tinggi daripada proses extrusion ini.
- Recycle semula komponen-komponen yang sudah ada (heater, temperature controller, auger, paip besi, dll.)
Hasilnya :
Siap juga akhirnya..harap kali ini menjadik.. |
Belum ada nama yang sesuai bagi filamen extruder kali ini. Baru sahaja siap. Baiklah, terus kepada ciri-ciri binaan kali ini :
- Kayu yang digunakan berasal daripada kayu untuk potong makanan. Chopping board. Ada jual banyak di pasar raya. Bersaiz 6 x10 dan telah potong dua. Kayu ini agak tebal lebih kurang 13mm. Saya sengaja tidak gunakan plywood kerana mudah melengkung apabila tekanan tinggi.
- Threaded rod bersaiz M8 digunakan untuk memegang kesemua blok kayu. Threaded rod ini adalah lebihan daripada printer jenis prusa dan senang nak cari.
- Kali ini tidak lagi menggunakan gear, direct drive daripada wiper motor (geared motor) kepada augerbit 5/8". Untuk itu perlukan adapter yang bersesuaian, kebetulan ada jual adapter saiz 12 dan 13 yang mana memang terus ngam. Kalau diperhatikan dengan betul adapter-adapter ini masih ada ruang untuk bergerak (play) dan mengikut gerakan augerbit dalam paip.
- Untuk menahan tekanan yang terhasil dari proses extrusion, thrust bearing digunakan untuk menahan augerbit dari bergerak ke belakang dan merosakkan motor. Thrust bearing terletak di hadapan blok kayu yang ditengah.
Closeup pada adapter 12 dan 13. Antara adapter tu gunakan besi bentuk empat segi saiz 0/5" |
- Pada saya binaan kali ini jauh lebih mudah dari sebelumnya. Saya tidak perlu tunggu lama untuk print komponen-komponen seperti gear yang besar untuk augerbit. Saya juga tidak perlu ada kelengkapan welding untuk menyediakan tapak besi. Hanya tebuk beberapa lubang pada kayu dan terus boleh disambungkan dengan threaded rod untuk membentuk rangka yang kukuh.
- Untuk servis, hanya tanggalkan skru pada wiper motor dan akan berderailah semua sekali komponen dalam itu, dari adapter hinggalah ke auger bit boleh ditarik keluar.
Kesimpulan :
- Kos upgrade kali ini agak rendah kerana hanya melibatkan kayu dan threaded rod yang mana sudah ada.
- Direct drive mengelakkan masalah gear plastik yang kerap patah dan rosak. Tetapi ketahanan motor untuk tujuan kali ini masih belum dapat dipastikan lagi. Mungkin perlu upgrade kepada gear motor yang berkuasa tinggi dan RPM yang lebih rendah. Ini juga tidak menjadi masalah kerana tapak kayu boleh di tebuk semula untuk menyesuaikan motor baharu. Hanya perlu pastikan shaft motor selari dengan augerbit.
- Lebih mudah dari aspek binaan, dan juga untuk penyelenggaraan. Rasanya sesiapa yang ada 3d printer boleh bina ini.
Sekian dahulu.
Selamat membina.
****
*Binaan semula kali ini adalah berdasarkan pengalaman yang dikumpul daripada binaan-binaan terdahulu. Rekod binaan terdahulu seperti berikut :