Menghasilkan filamen menggunakan konsep seperti Lyman Filament Extruder memang agak mencabar. Seperti yang telah dilogkan terdahulu. Cabaran:
- Mengawal bentuk filamen sebaik sahaja ia keluar daripada nozzle. Masalah yang aku hadapi adalah mengawal bentuk filamen sebaik sahaja ia meninggalkan nozzle. Filamen akan keluar dan membengkok menyebabkan perubahan pada diameter filamen.
- Apabila filamen telah keluar sepanjang 1 meter, graviti pula akan menarik filamen yang panas menjadikan diameter filamen mengecil. Ukuran awal 2.9mm dan sebaik sahaja tiba di lantai sudah menjadi 2.1mm.
- Lambat. Dengan volt pada motor 3v. Putaran gear agak perlahan. Ini bertujuan untuk memastikan tekanan yang rendah dan membolehkan filamen keluar dengan perlahan. Boleh membantu proses penyejukkan filamen dengan harapan filamen kekal bentuk.
Perubahan yang dibuat hari ini seperti berikut :
- Suhu dinaikkan daripada 160c kepada 230c. Filamen mula mendidih dan hasil yang amat teruk.
- Kelajuan dinaikkan daripada 3v kepada 9.5 volt. Putaran motor lajukan bagi meningkatkan tekanan plastik di nozzle. Filamen keluar dengan cantik tidak lagi mengelembung. Dengan nozzle 2.8mm filamen yang dihasilkan konsisten dengan ukuran 2.5mm.
- Nozzle diubah kepada 3.2mm dia, setelah mengambil kira pengecilan disebabkan oleh tarikan graviti.
- Lantai dinaikkan bagi mengelakkan filamen mengecil disebabkan oleh graviti.
Hasilnya agak menakjubkan.
- Filamen mula berputar dan membentuk coil di atas lantai.
- Ukuran diameter filamen diantara 2.86mm ke 3.1mm. Agak memuaskan.
- Filamen yang dihasilkan 3kali lebih laju daripada metod sebelumnya.
Seperti biasa sedikit gambar update :
Coiling yang diinginkan |
Filamen menyejuk di atas plywood. Kipas siling je digunakan untuk menyejukkan filamen. |
Batch kecil untuk testing. |
Menghasilkan filamen dengan banyak selepas ujian berjaya. |
tahniah.. kejayaan yang memberi inspirasi.. insyallah akan menyusul satu lagi mesin yang macam ni kat Batu Pahat..
BalasPadamterima kasih bro.. macam mana dengan progress?
Padammesin dah siap.. tapi motor mesin jahit x ley pakai la.. RPM tinggi sgt.. kene cari portable hand drill..
PadamBro, pakai wiper motor. Cukup tourqe dengan RPM rasanya. Ada gambar tak bro? nak juga belajar dari pengalaman bro.
Padam