Isnin, 17 Februari 2014

Perbandingan elektronik untuk 3d printer

Komponen elektronik pilihan saya. RAMPS 1.4
Antara soalan yang kerap ditanya adalah "Apakah jenis elektronik yang sesuai digunakan untuk mengawal 3d printer saya?". Untuk makluman, ada berbagai-bagai jenis elektronik yang ada di luar sana. Tetapi pada sehingga kini, set yang saya beli semuanya RAMPS1.4 yang digandingkan dengan Arduino Mega 2560. Ya, kedua-dua set ini adalah set yang berbeza. Mesti ada RAMPS1.4 satu dan satu Arduino Mega 2560 barulah lengkap. Oleh kerana saya tiada elektronik yang lain. Maka saya tidak boleh komen kelemahan dan keistimewaan set elektronik yang lain. Bias kata orang.

Gambar kenangan ketika mula-mula menguji set elektronik pada tahun 2012
Tetapi bagi mereka yang ingin membuat pilihan. Saya rasa laman web ini dapat membantu anda membuat pilihan.

http://reprap.org/wiki/Comparison_of_Electronics

Kini semakin banyak pembekal-pembekal elektronik dan harga juga semakin lama menjadi semakin murah. Saya berharap rakan-rakan juga dapat kongsikan pengalaman menggunakan set elektronik yang berbeza sekiranya ada. Mungkin dapat membantu yang lain membuat pilihan.

Memandangkan tajuk post adalah perbandingan elektronik untuk 3d printer, dan tiada perbandingan disini. Saya pohon maaf sekiranya post ini mengelirukan. Tujuan post ini adalah untuk berkongsi link tersebut di atas sahaja.

Sekian, selamat membina


Ahad, 2 Februari 2014

Zam Kossel Alt. by Adil

Beberapa bulan lepas, saudara Adil ada menghubungi saya dan melahirkan hasrat beliau untuk membina 3d printer sendiri. Printer pilihan beliau adalah Zam Kossel Alt, printer jenis delta yang diambil daripada rostock dan kossel. Sebenarnya sudah lama menunggu printer ini disiapkan oleh saudara Adil. Beliau sibuk dengan komitmen kerja menyebabkan binaan tergendala beberapa kali. Hanya beberapa hari yang lalu, saya dikejutkan dengan sms khabar gembira oleh saudara Adil apabila beliau memaklumkan bahawa printernya sudah berjaya disiapkan. Log kali ini adalah sedikit catatan pembinaan printer saudara Adil. Di harap saudara Adil boleh buat blog juga untuk berkongsi upgrade kepada designnya pada masa akan datang.

Sedikit gambar printer beliau seperti di bawah :

Zam Kossel Alt. by Adil

Komponen plastik awal telah dicetak oleh saudara Abdah. Gabungan warna biru dan hitam memberikan kesan visual yang menarik (alasan sebenar adalah akibat kehabisan plastik). Dengan kadar infill yang tinggi, bracket atas dan bawah menggunakan agak banyak plastik, tetapi ini memberikan kesan kepada struktur yang lebih kukuh. Jangan kedekut plastik disini. Struktur yang kukuh itu penting.

Satu keputusan menarik oleh saudara Adil adalah untuk menggunakan fishing line/wire sebagai ganti kepada belt dan pulley untuk menggerakkan carriage. Langkah ini menjimatkan banyak kos dalam binaan kerana aluminium pulley dan belt juga agak mahal. Saya agak khuatir dengan keputsaan ini pada awalnya, tetapi ujian oleh saudara Adil membuktikan bahawa perubahan ini boleh dilakukan dan tidak menjejaskan kualiti printing.

Berapa jumlah kos yang berjaya dijimatkan. Agak banyak. (1 aliminium pulley dalam RM30-RM60, kalau kali dengan 3), belt juga agak mahal. Oleh itu, fishing line, memang save banyak RM.


Tidak lagi menggunakan belt, hanya fishing line menggantikan belt. Sambungan dan pergerakan kemas. 
Maklumbalas awal daripada saudara Adil juga menyatakan komponen plastik (bracket atas dan bawah) mempunyai sambungan dengan aluminium yang sangat ketat sehingga hampir tidak perlu menggunakan sebarang skru. Pengalaman beliau mirip dengan pengalaman saya memasang rangka Zam Kossel Alt. Press fit.

Pulley yang diprint sahaja untuk mengikat fishing line.

Saudara Adil juga mengekalkan penggunaan bowden dengan filamen 3mm berbeza dengan trend semasa yang lebih gemar menggunakan bowden dengan filament 1.75mm.

Masih mengekalkan bowden extruder dengan diameter filamen pilihan 3mm. 

Gambar di bawah menunjukkan hasil print pertama saudara Adil. Syabas. Di harap lebih banyak gambar print oleh saudara Adil pada masa akan datang.

Aku tak pasti nama robot ni dan di design oleh siapa. Tetapi yang pasti ada sedikit masalah bulu ketiak akibat daripada overhang. Insyallah, boleh diatasi dengan menggunakan autofan.

Sedikit rumusan perubahan-perubahan pada printer saudara Adil :

  • Penggunaan filament driver (fishing line) menggantikan belt dan pulley. Perubahan ini juga tidak menggangu setting kepada firmware sedia ada.
  • Heated bed jenis bulat dan kaca jenis bulat. Berdasarkan maklum balas, ada masalah kaca yang mudah pecah. Walau bagaimanapun, saudara Adil masih mengkaji punca sebenar masalah ini.
  • Menggunakan kissSlic3r untuk slice objek (ini bukan perbezaan pada hardware, lebih kepada pilihan software).
Tahniah saudara Adil di atas printer baru anda.