Isnin, 11 November 2013

Dari Sketchup ke Inventor Fusion

Bagi 3d designer, mungkin terdapat pelbagai jenis perisian yang boleh digunakan untuk design objek. Terdahulu, saya ada kongsikan beberapa tips untuk menggunakan sketchup untuk mereka dan mencetak objek 3d. Tetapi setelah lama menggunakan sketchup, saya mencari perisian yang boleh membantu dan memudahkan proses design. Antara beberapa perisian yang menjadi pilihan saya. Saya susun dari paling saya gemari.

1) Autodesk Inventor Fusion for Mac

Sebenarnya perisian ini adalah untuk preview, tetapi boleh digunakan untuk design objek 3d dan boleh export terus objek 3d dalam format .stl iaitu format yang digunakan untuk mencetak. Bagi saya walaupun preview sahaja, perisian ini semakin lama semakin lekat dihati kerana mudah digunakan dan percuma. Percuma sampai bila tu saya tidak pasti.


Boleh download di sini.
http://labs.autodesk.com/technologies/fusion


2) Tinkercad.com

Satu lagi perisian yang aku suka adalah tinkercad.com, boleh design dalam web browser sahaja. Cukup mudah dan percuma. Kalau tak pernah cuba kena cuba. Video di bawah ada penerangannya.



Tidak perlu download, hanya layari
www.tinkercad.com


3) Openscad

Ini adalah antara perisian paling popular dikalangan pengguna 3d printer dan percuma. Ia menggunakan scripts untuk menjana objek 3d yang dikehendaki. Cuma perlu belajar sedikit coding language dia. Pada saya tidaklah begitu sukar, tetapi tidaklah juga mudah. Saya gemar perisian ini kerana ianya lightweight dan boleh digunakan pada komputer yang dah agak uzur.




Biasanya dengan hanya 3 perisian di atas anda akan boleh buat macam-macam objek. Hanya kreativiti andalah yang akan jadi limitasinya. 

Boleh download di sini:
http://www.openscad.org/

Beberapa contoh hasil menggunakan perisian Autodesk Inventor Fusion seperti di bawah :

Menggunakan Inventor Fusion untuk design stand iphone 4.
Kemudian di export ke dalam format .stl untuk di cetak.
Siap dicetak. Rasanya kalau dicat lagi menarik stand ini.
Boleh digunakan terus. Kalau design sendiri mesti nampak lawa pada mata sendiri.
Pada mata orang lain tak tahu la.
Gambar sebelah belakang. Buruknya la telefon aku ni.

Ok cukup sahaja perkongsian kali ini. Kalau ada perisian yang lebih menarik, jangan malu dan segan berkongsi diruang komen di bawah.

Selamat membina.

7 ulasan:

  1. Assalam, sudah x bro try apps/software yg bernama 123d Catch (Available for PC and iPad or iPhone)..amik gambar then convert trus jd 3d model..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah cuba. tetapi tidak pernah berjaya untuk menghasilkan objek dengan baik. Mungkin saya akan mencubanya semula. Bro berjaya print objek menggunakan aplikasi tersebut?

      Padam
    2. Belum lg..sbb tgh kumpul resources untuk build up 3d Printer..tgh membuat research demi research..Cuma ingin tahu keberhasilan software nih dengan reprap.

      Padam
    3. RepRap boleh je print model, asalkan stl tu betul. Berdasarkan pengalaman, bila saya dapatkan stl yang dihasilkan ada banyak ruang2 kosong yang tidak boleh slice dengan slic3r. Mungkin kena repair dahulu stl yang dijana dengan 123d catch tu. Saya tidak cuba lagi. Bro, boleh je cuba download repetier dan slice stl yang bro hasilkan tu. Kira priview bagaimana rupa model bila di cetak. Atau pass saya stl tu saya kasi test preview dan lihat macam mana.

      Padam
    4. Oh ya, lupa nak masukkan satu lagi dalam senarai. Sculptris salah satu lagi perisian yang menarik untuk 3d design bersifat organik. Macam main dengan tanah liat, sangat intuitive dan mudah digunakan. Boleh try http://pixologic.com/sculptris/

      Padam
    5. boleh upkan file tu kat site nie untuk dibetolkan.. http://cloud.netfabb.com

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam