Khamis, 29 Ogos 2013

Update on Lyman Filament Extruder


Setelah berbulan-bulan bermain dengan filament extruder. Akhirnya adalah sedikit kejayaan untuk menghasilkan filamen sendiri. Walaupun masih terdapat sedikit masalah ketika memproses granul. Tetapi kini filamen yang dihasilkan sudah boleh digunakan. Walaupun, hasilnya tidaklah begitu banyak. Tetapi ia telah memberi semangat baru pada projek ini. Saya berasa sangat gembira dan ingin berkongsi kegembiraan saya ini di log ini.

Menggunakan rollers untuk mengawal pergerakan filamen setelah extrude. Merupakan langkah penting untuk memastikan diameter filamen kekal


Memastikan filamen disejukkan dengan segera
Akhirnya sudah nampak jalan untuk tidak import filamen lagi. Ini satu petanda baik. Tetapi masih banyak lagi penambahbaikan yang diperlukan. Setiap langkah ada aja kesilapan. Insyallah, saya akan usahakan untuk tingkatkan lagi kualiti filamen. Kalau ada sponsor alangkah baiknya. Tidak ada sponsor pun tidak apa, dapat pinjam mesin untuk kerja-kerja besi pun cukup dah.

Print pertama menggunakan filamen yang dihasilkan sendiri. Diameter diantara 2.9mm hingga 3.08mm.
Sedikit filamen akhirnya diuji dengan MendelMax. Saya sangatlah risau sebenarnya, takut filamen ini akan menyebabkan masalah pada hotend. Memandangkan plastik yang digunakan adalah Virgin ABS. Maka perasaan risau tu berkuranglah sedikit. Tetapi tetap risau. Suhu yang digunakan untuk cetakan 220c. Setakat ini tidak ada masalah. Melekat pada kapton dengan baik. 

Akhirnya filamen 3mm.

Ini adalah projek paling sukar walaupun kelihatan mudah bagi saya setakat ini. Kesukaran ini berpunca daripada kurangnya pengetahuan saya cara-cara extrude filamen.  Sedikit pengalaman baru tentang cara-cara extrude filamen :
  • Suhu yang sesuai untuk mengekalkan bentuk filamen sebaik sahaja di extrude 165c.
  • Perlukan drill collar besi nampaknya. Collar plastik sudah mula hancur.
  • Perlu menggunakan tbrust bearing yang mampu tampung beban tinggi.
  • Nozzle size 2.79mm untuk filamen 2.9mm - 3.0mm. Tetapi kadang-kadang boleh lajak 3.17mm.
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sentiasa menyuntik semangat dan menyokong projek ini. Sponsor utama Mr. Kean untuk elektronik dan sokongan rakan-rakan (abdah, saiful, saiful). Suntikan semangat korang amatlah bermakna. Free sample untuk korang.

Selamat membina.


4 ulasan:

  1. salam tuan.. usaha yang sangat mulia nie.. PLA saiz 1.75mm kalau ade dalam perancangan aku nak join.. kat tempat kerja aku nie ade gak mesin extrude bahan mentah tapi untuk student buat study.. filament extruder nie memang dalam radar nak buat nie.. mane ley tahan asik nak beli je kan.. beli bahan mentah dari kilang pon x bape sen (bentuk palet) je.

    BalasPadam
  2. Untuk menghasilkan filamen 1.75mm, hanya perlukan nozzle yang baru aja. Mungkin lebih mudah untuk extrude memandangkan saiz diameter yang lebih kecil sepatutnya lebih cepat filamen sejuk dan mengekalkan bentuk. Belum cuba lagi.

    Tuan, ada mesin CNC tak? nak minta tolong potong.

    BalasPadam
  3. Mesin CNC belom ade lagi.. tapi boleh je pinjam kalau nak buat potong bahan.. ramai kawan2 sini yang boleh tolong potongkan.. kalau ade fail solidwork lagi senang.. technician sini semua prefer solidwork.. bile nak kirim fail? x pon kalau ade ape2 pesan chat kat blog aku je.. aku baru sediakan ruang sembang 3D.. ;P (juruteknik komputer yang suke mesin dan robot)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan. Kalau macam ni mudah banyak. Saya belum design lagi parts dari besi. Rasanya tidak la susah sangat nak mod dari plastik ke besi. Nanti saya bagi fail solidworks lepas siap design.

      Padam