Selasa, 23 April 2013

Perbezaan HotEnd

Kali ini aku ingin untuk mencatatkan sedikit pengalaman aku menggunakan beberapa jenis hotend yang berbeza. Tidak banyak pun hotend yang aku pernah gunakan. Tapi mungkin boleh buat beberapa perbandingan yang berguna (atau tidak berguna). Bagi mereka yang tidak tahu hotend itu apa, hotend ini adalah satu komponen mesin cetak 3d untuk mencairkan plastik. Hotend seperti namanya, memang panas, ada yang mampu mencecah hingga 300 celcius. Cabaran utama bagi mencari hotend yang sesuai adalah untuk mencari yang tahan lasak dan mampu digunakan berulang kali untuk jangka masa yang lama dan murah harganya. Oleh kerana terdapat banyak jenis hotend diluar sana, hotend boleh dibeli siap, atau dibuat sendiri daripada scratch. Masih ada peluang untuk menjimatkan wang.

Untuk senarai hotend yang ada dipasaran, lazimnya saya akan rujuk disini.

Baiklah hotend untuk review kali ini adalah JHead dan Arcol V4. Ini adalah hotend yang aku telah gunakan sendiri untuk mesin 3d printer aku setakat ini.


JHead

Hotend ini adalah hotend pertama yang aku gunakan kerana reviewnya di forum RepRap yang baik. JHead juga merupakan hotend yang popular dan mempunyai pengguna yang ramai. So komen aku :


  • Paling mudah untuk digunakan. Buka kotak dan terus pasang dan jalan.
  • Suhu boleh tampung sehingga 230c. Boleh digunakan untuk plastik jenis ABS.
  • Suhu lebih daripada 230c tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan plastik PEEK akan lembut dan cair. Plastik PEEK adalah plastik yang digunakan untuk badan hotend ini.
  • Setakat ini mampu bertahan untuk 6 bulan, sebelum jahanam.
  • Harga RM160+ jika order terus dari hotend.com. 
  • Oleh kerana badan nozzle menggunakan PEEK, hotend ini mampu menebat haba dengan baik. Tetapi masih panas juga.
  • Print yang baik dan cantik.
  • Bagi aku tidak ekonomi kerana hotend ini kerap gagal. 
Masalah utama hotend ini adalah nozzle terkeluar dari badan nozzle.

Nozzle gagal berfungsi selepas 1 jam menggunakannya.

Arcol V4



Hotend ini merupakan hotend yang menggunakan aluminium sebagai badan dan nozzle. Ia menggunakan stainless steel yang nipis sebagai penebat haba dan heatsink yang besar untuk mengurangkan suhu apabila sampai ke cold end. Komen aku :


  • Mudah digunakan. Tapi kena ambil masa untuk assemble hotend ni.
  • Kurang popular, mungkin sebab harga mahal RM 300+.
  • Bagi aku hotend ni tahan lasak, suhu boleh cecah 300c +. Oleh itu, plastik jenis nylon boleh digunakan.
  • Lebih laju untuk sampai target temperature, mungkin sebab binaan aluminium? 
  • Perlu gunakan kipas, kerana heatsink aluminium akan jadi sangat panas 180c+. Oleh itu X carriage boleh cair kalau cooling fan tidak digunakan.
  • Overall bagi aku hotend ini maintainance free dan masih terus menerus print tanpa maintainance.
  • Boleh upgrade atau replace nozzle, stainless steel dan heatsink kalau nak.
  • Kalau ada duit lebih boleh beli all metal hotend kerana lebih tahan suhu tinggi. AMARAN, oleh kerana stainless steel yang digunakan sebagai penebat haba tu nipis sangat. Ada kebarangkalian boleh bengkok kalau nozzle langgar bed. hati-hati.

Simple. Tapi harganya agak mahal.


Anda guna hotend jenis apa? Boleh la share.







14 ulasan:

  1. saya decide utk gune j-head utk first printer yang masih dalam pembinaan.

    gambar yg ke-2 under j-head tu ape failure die? tersumbat? macam meletup pulak, :-/

    BalasPadam
  2. Masalah yang sama jhead gugur. Aku notice kalau jhead body tu warna cerah senang fail compared to warna hitam. Oh pasal nampak mcm meletup tu disebabkan cubaan rethread semula gagal.

    BalasPadam
  3. bro, nak tanya. Boleh order print some printer parts?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je kalau saya ada extra. Ape part nye?

      Padam
    2. Part ni, tapi saya nak mod sket instead part lubang kepala n badan bolt tukar ke size M4, nanti saya bagi sourcenye @ bro boleh tolong modify? (extra charge pun takpe)

      1. https://github.com/josefprusa/Prusa3/blob/master/single_plate/src/z-axis-bottom.scad
      2. https://github.com/josefprusa/Prusa3/blob/master/single_plate/src/z-axis-top.scad

      bolehkah dan berapa agak2 kosnye?

      Padam
    3. Kalau saya lihat kepada source code [1], nilai yang perlu diubah adalah (1) frame mounting screw holes nilai r diubah kepada r=2.1 bagi (semua 3 baris code). (2) Frame mounting screw head and holes pun tukar r=2.1 (semua 3 baris code), (3) motor mounting pun sama r=2.1 (semua 3 baris code). Betul ke maksud nak mod macam ini.

      Seperkara lagi. Motor mounting tu rasanya untuk mount stepper motor kan? adakah pasti mahu M4 untuk mount stepper motor. Standard screw for stepper motor M3. Ataupun nak saya tolong dapatkan screw M3, save hassle mod part.

      Padam
    4. ohh, ye. saya terlupa, hanya mod untuk part yang akan mount kepada frame. Jadi motor mounting tu kekalkan pada saiz yang asal, hanya lubang yang terlibat dengan frame je ubah.

      Yang part screw head, r die akan lagi besar kan? pasal existing size r = 3.1

      Padam
    5. Saya rasa semakin jelas gambaran macam mana yang diminta. Memandangkan perbezaan diameter lubang mounting hanya 1mm. Boleh saja saudara drill ngan drill bit M4. Tidaklah begitu banyak bezanya. Bila part ini dikehendaki? atau saudara nak print sendiri?

      Padam
    6. Frame kena tap ke M4 sebab kedai dah drill 3MM dlu. Saya terpakse mencari part baru sebab satu part Z-axis-bottom tu dah merekah teruk sebab kesalahan sendiri. Tengok pun xyakin boleh tampung beban motor ke tak. Yang Z-axis-top tu mungkin takde masalah sangat.

      Agak2 boleh? kalau boleh berapa kosnya? Tak urgent sangat, tapi kalau cepat lagi bagus :D, tangan ni dah menggeletar nak siapkan printer.

      Padam
    7. Rasanya tiada masalah untuk print part tu. Esok aku cuba print part tu. Faham sangat ketagihan ni.Oh ye, aku baru je tengok pun Prusa i3 nih dengan lebih detail. Sebelum nih jeling2 je. Menarik juga setup dia kalau guna clear acrylic. Kalau dapat inspect build ni, saya boleh je mod motor mount nih jadi tebal sket. Pakai frame acrylic ke aluminium?

      Padam
    8. ok, part z-axis-top and z-axis-bottom ye, n tambah satu lagi baru teringat. yang ni saya dah mod utk m4,

      1. https://gist.github.com/adlan/35a14d00c93b79e50e0b

      saya target awal boleh la part tu bertahan sampai printer tu boleh print semula, makin teruk pulak bile sy try glue n screw semula kat frame.

      acrylic nampak menarik, tapi saya risau pasal possibility of cracking, so saya pakai frame aluminium.

      Padam
    9. Frame aluminium dapat dari mana? local engineering shop? sudi tak berkongsi. Saya masih mencari syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan laser cut lebih lagi yang boleh potong aluminium untuk projek saya yang akan datang.

      Untuk makluman, saya sedang print z axis bottom ni. Memandangkan filamen saya pun nak habis, mungkin tidak semua part warna yang sama. Harap tak menjadi masalah.

      Padam
  4. yes, local. Saya order dekat Oh Tung Sang(www: http://www.ohtungsang.com/), shop ni ambik order walaupun nak 1 je. Dalam banyak2 shop yang saya email request quote, yang ni je reply.

    i see, takde masalah. Yang penting saya boleh continue pasang printer and boleh print. Part2 kecantikan boleh pikir lepas tu tu, haha. Detail2 mcm cost/delivery or perlu another part, saya contact through email. Ape email bro?

    BalasPadam
  5. Terima kasih kerana sharing, nanti saya akan share juga resource saya untuk parts dan lain-lain. Email saya norzam-at-gmail-dot-com.

    BalasPadam