Cetak3d merupakan sebuah log perjalanan membina mesin cetak 3d di Malaysia. (3d printing in Malaysia)
Sabtu, 13 Oktober 2012
Linear Rail System #3
Tiba masanya untuk saya log cubaan membina linear rail system dengan hanya menggunakan skru dan komponen plastik yang dicetak. Design ini banyak dipengaruhi dengan kaedah linear rail yang menggunakan ball bearing. Memandangkan harga ball bearing agak mahal. Hanya 3 skru digunakan sebagai alternatif.
Khamis, 4 Oktober 2012
Dari SketchUp ke 3d Printer : Panduan
Ini adalah panduan ringkas untuk menghasilkan objek 3d daripada SketchUp langkah demi langkah. Dalam panduan ini saya menggunakan perisian berikut :
1) Google SketchUp + Plugin Guitar-list
2) Slic3r
3) Pronterface (Printrun)
Bagi menghasilkan objek 3d, secara ringkasnya terdapat (5) langkah. Pertama, anda perlu design model menggunakan aplikasi pilihan anda. Dalam contoh ini, saya menggunakan SketchUp. Ia adalah percuma. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan SketchUp, ia adalah perisian yang paling mudah yang saya pernah gunakan untuk mereka cipta objek 3d dengan pantas. Contoh di bawah adalah kiub 20mm x 20mm x 20mm.
Dengan hanya menggunakan perisian ini sahaja, anda boleh membina pelbagai objek 3d. Walau bagaimanapun, masalah utama adalah untuk menghasilkan fail dengan format .stl seperti mana yang diperlukan oleh mesin pencetak 3d anda. Lazimnya, SketchUp akan menyimpan fail dalam bentuk .skp . Fail ini tidak boleh diproses oleh perisian 3d printer.
Langkah (2), anda perlu eksport fail kepada bentuk .stl. Untuk mengubah format fail daripada .skp kepada .stl. Anda boleh gunakan plug-in. Paling mudah adalah plugin daripada Guitar-list. Boleh dapatkan di sini. Download fail tersebut dan masukkan dalam folder plugin Sketchup (rujuk arahan di site tersebut). Kemudian install plugin tersebut melalui menu preference dalam SketchUp. Akan ada peringatan bahawa anda menggunakan extension dari luar. Tekan Yes sahaja.
Kemudian pilih Export Units dalam Milimeter.
Langkah (2), anda perlu eksport fail kepada bentuk .stl. Untuk mengubah format fail daripada .skp kepada .stl. Anda boleh gunakan plug-in. Paling mudah adalah plugin daripada Guitar-list. Boleh dapatkan di sini. Download fail tersebut dan masukkan dalam folder plugin Sketchup (rujuk arahan di site tersebut). Kemudian install plugin tersebut melalui menu preference dalam SketchUp. Akan ada peringatan bahawa anda menggunakan extension dari luar. Tekan Yes sahaja.
Setelah anda install plugin ini maka proses eksport fail menjadi .stl lebih mudah. Untuk eksport buka lukisan 3d pilihan anda. Selepas anda berpuas hati dengan lukisan 3d anda. Gunakan menu Tool > Export to DXF or STL untuk eksport kepada .stl.
Kemudian pilih Export Units dalam Milimeter.
Dan pilih Export Entities STL.
Berikan nama yang sesuai dan jangan lupa extension fail tersebut hendaklah nama objek.stl. Kemudian simpan fail di folder pilihan anda. Dalam contoh ini objek 3d yang saya simpan dengan nama kiub.stl
Baiklah, sekarang anda sudah ada fail dengan format .stl. Fail ini penting untuk proses seterusnya.
Langkah (3)seterusnya adalah untuk menghasilkan fail .gcode. Untuk itu kita akan gunakan software slic3r. Slic3r ini berfungsi untuk terjemah lukisan kepada gerakan pada mesin untuk menghasilkan objek 3d. Arahan untuk menggerakkan mesin 3d adalah disimpan dalam format gcode ini.
Buka aplikasi slic3r, dan load objek 3d anda dalam format .stl sebentar tadi. Tekan Add dan pilih fail .stl yang berkenaan.
Di dalam perisian ini anda boleh menggunakan tab setting yang ada seperti Platter untuk menyusun objek di atas 3d printer anda. Print Setting menetapkan pelbagai setting yang lain seperti kelajuan pergerakan, ketebalan cetakan dan lain-lain. Boleh cuba explore untuk mendapatkan cetakan yang terbaik. Apa yang penting di sini adalah gcode yang dihasilkan. Ia penting untuk langkah seterusnya.
Langkah (4), siapkan arahan gcode dalam Pronterface. Pronterface adalah antara perisian yang ada untuk mengawal mesin cetak anda secara terus. Anda juga boleh gunakan perisian yang lain seperti YARRH ataupun ReplicatorG. Saya lebih gemar Pronterface kerana lebih user friendly.
Sekarang hanya tinggal untuk load fail gcode yang berkaitan dan print objek yang telah kita bina menggunkan SketchUp.
Gambar ini adalah gambar objek pertama yang saya cetak menggunakan 3d printer. Walaupun objek yang dihasilkan tidak kemas, perasaan sungguh menggembirakan.
LCD Panel 16x2 untuk MendelMax atau Reprap
Ini adalah catitan untuk membina panel LCD 16x2. Sebenarnya aku sudah cari design di Thingiverse.com untuk panel bagi LCD saiz 16x2, tetapi tidak ada yang sesuai mengikut citarasa aku. So, aku buat keputusan untuk design sendiri panel. 'Sebaik-baik design adalah design yang dibuat sendiri walaupun tidak secantik design orang lain' kata orang.
Untuk design kali ini, aku tetap menggunakan sketch up. Cadangan aku adalah untuk letak panel dihadapan, diantara y-belt tensioner dan lower bracket. Aku turut buat socket untuk LED saiz 3mm x 2mm dan siap dengan lubang untuk kaki LED.
Kalau perhatikan betul-betul, saiz lubang tidak sama. Sepatutnya M5 untuk mount panel. |
Travel at 60mm/s. Masa print 1 jam. |
Print mengambil masa lebih kurang satu jam walaupun tebal 5mm jer. Boleh dicepatkan lagi kalau increase travel. Tapi buat masa ini aku ada sedikit masalah dengan extruder. So, biar lambat asal selamat.
Cubaan pertama untuk snap-fit panel berjaya.
Cuba masuk LED 3mm x 2mm berjaya. |
Kaki LED boleh bengkok ke bawah. Connect pakai servo socket. |
Sebelah belakang Panel |
Siap diuji pada frame MendelMax. Selepas ini panel akan ditanggal untuk pemasangan wayar. Secara keseluruhan aku puas hati.
Dapatan :
- Lubang untuk mount LCD tidak selari. Off by 1.5mm. Perlu tweak semula design. Buat masa ini aku guna cable tie sahaja untuk mengikat LCD pada panel.
- Saiz lubang untuk mount panel di sebelah bawah sepatutnya M5. Tetapi kecuaian aku terbuat M3. Tetapi tidak ada masalah, drill sahaja dengan drill bit M5.
Isnin, 1 Oktober 2012
Linear Rail System #2
Semasa post aku yang lepas aku design linear rail yang murah. Selepas beberapa ubahsuai aku dapati ia boleh berfungsi. Oleh itu terfikir sejenak bagaimana hendak aplikasikan linear rail ini. Apa kata design semula Rostock Delta yang lebih besar menggunakan linear rail ini.
Pertama, aku telah cuba uji struktur aluminium 20mm x 20mm. Selagi panjang tidak melebihi 2000mm (2 meter), susah nak lentur aluminium ni. So gambaran aku Rostock yang diupscale dengan 2000mm alumium.
Ok, aku tak pasti struktur nih akan tahan aku tidak. Mungkin kena support dengan material lain. Tapi kalau berjaya ia akan memberikan saiz print yang lebih besar. Aku jangka saiz print 400 mm x 350mm x 600mm. Sangat menarik. Ada sesiapa nak melabur dalam projek ini?
A simple linear guide. |
Stepper Motor mount masih belum buat lagi. |
Pertama, aku telah cuba uji struktur aluminium 20mm x 20mm. Selagi panjang tidak melebihi 2000mm (2 meter), susah nak lentur aluminium ni. So gambaran aku Rostock yang diupscale dengan 2000mm alumium.
Rostock yang dibesarkan. Sebelah kanan Mendel. |
Langgan:
Catatan (Atom)