Beberapa bulan yang lalu, saya ada menulis sedikit tentang aplikasi untuk design objek 3d (
di sini). Saya juga pernah menulis bagaimana untuk reka objek dalam aplikasi Sketchup dan kemudian di hantar untuk cetak (
di sini). Oleh itu, tidak dinafikan ada banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mereka objek 3d dan bagi mereka yang baru sahaja mula ingin mencuba 3d printing pasti akan tertanya-tanya, mana satu aplikasi yang lebih mudah digunakan?
Hari ini saya akan menceritakan sedikit dari pengalaman cetek saya menggunakan aplikasi percuma, opensource iaitu FreeCAD. Opensos! Opensos!
Sebab saya gunakan FreeCAD mengikut keutamaan :
- FreeCAD merupakan aplikasi yang bersaiz kecil, agak ringan (tidak menggunakan banyak memory). Oleh itu saya boleh gunakan aplikasi ini tanpa melabur wang yang banyak untuk komputer yang mempunyai processing power yang tinggi.
- Support pada Windows, Mac dan Linux. Kalau Mac boleh install solidworks, mungkin saya tidak akan mencuba FreeCAD. Saya kerap tukar platform, Mac dan Windows. FreeCAD support kedua-duanya.
- Paling hampir kepada perisian Solidworks dari fungsi sketching. Flow kerja untuk reka bentuk objek juga lebih kurang sama dengan aplikasi seperti Solidworks.
- Mudah dengan parametric modelling, ukuran-ukuran boleh diubah pada bila-bila masa memudahkan ubahsuai kepada model. Lebih kurang macam solidworks juga. Setelah lama menggunakan sketchup dan inventor, guna aplikasi yang dimension driven juga yang paling best. Pada pandangan saya la.
Mengapa saya tidak gunakan aplikasi ini sebelum ini :
- Kurang mahir dan tidak faham bagaimana untuk menggunakannya.
- Rasa tidak ada keperluan untuk menggunakan, kerana ada perisian yang lain yang sudah ternama seperti Solidworks, AutoCAD, openscad.
- Tidak faham kelebihan parametric design. Selepas beberapa kali saya perlu melukis semula objek 3d barulah saya faham kelebihan parametric modelling.
Selepas mengikuti beberapa siri tutorial, kebanyakan model yang telah saya bina dahulu boleh dibina semula dalam aplikasi FreeCAD ini dengan mudah.
|
Zam Kossel Alt untuk extrusion 15mm dengan rod 12mm.
Dilukis semula dengan FreeCAD. |
|
Parametric modeling membolehkan saya mengubah dimensi pada lukisan pada bila-bila masa tanpa
perlu buat perubahan kepada lukisan-lukisan yang berikutnya. |
Setakat ini, saya masih belum begitu mahir untuk membina assembly menggunakan aplikasi ini. Saya juga masih tidak pasti sama ada caranya atau tidak. Masih explore lagi. Kepada otai-otai di luar sana. Saya mohon tunjuk ajar. Kepada yang ingin mencuba, di bawah beberapa link kepada tutorial menggunakan freeCAD.
Tutorial :
http://www.youtube.com/watch?v=t-6q0iBV-50
http://www.youtube.com/watch?v=H0UH1QjgFfk
Insyallah kalau ada kelapang, saya juga ingin menulis atau videokan sedikit tutorial.
Bersambung...
Selamat membina.