Isnin, 11 November 2013

Dari Sketchup ke Inventor Fusion

Bagi 3d designer, mungkin terdapat pelbagai jenis perisian yang boleh digunakan untuk design objek. Terdahulu, saya ada kongsikan beberapa tips untuk menggunakan sketchup untuk mereka dan mencetak objek 3d. Tetapi setelah lama menggunakan sketchup, saya mencari perisian yang boleh membantu dan memudahkan proses design. Antara beberapa perisian yang menjadi pilihan saya. Saya susun dari paling saya gemari.

1) Autodesk Inventor Fusion for Mac

Sebenarnya perisian ini adalah untuk preview, tetapi boleh digunakan untuk design objek 3d dan boleh export terus objek 3d dalam format .stl iaitu format yang digunakan untuk mencetak. Bagi saya walaupun preview sahaja, perisian ini semakin lama semakin lekat dihati kerana mudah digunakan dan percuma. Percuma sampai bila tu saya tidak pasti.


Boleh download di sini.
http://labs.autodesk.com/technologies/fusion


2) Tinkercad.com

Satu lagi perisian yang aku suka adalah tinkercad.com, boleh design dalam web browser sahaja. Cukup mudah dan percuma. Kalau tak pernah cuba kena cuba. Video di bawah ada penerangannya.



Tidak perlu download, hanya layari
www.tinkercad.com


3) Openscad

Ini adalah antara perisian paling popular dikalangan pengguna 3d printer dan percuma. Ia menggunakan scripts untuk menjana objek 3d yang dikehendaki. Cuma perlu belajar sedikit coding language dia. Pada saya tidaklah begitu sukar, tetapi tidaklah juga mudah. Saya gemar perisian ini kerana ianya lightweight dan boleh digunakan pada komputer yang dah agak uzur.




Biasanya dengan hanya 3 perisian di atas anda akan boleh buat macam-macam objek. Hanya kreativiti andalah yang akan jadi limitasinya. 

Boleh download di sini:
http://www.openscad.org/

Beberapa contoh hasil menggunakan perisian Autodesk Inventor Fusion seperti di bawah :

Menggunakan Inventor Fusion untuk design stand iphone 4.
Kemudian di export ke dalam format .stl untuk di cetak.
Siap dicetak. Rasanya kalau dicat lagi menarik stand ini.
Boleh digunakan terus. Kalau design sendiri mesti nampak lawa pada mata sendiri.
Pada mata orang lain tak tahu la.
Gambar sebelah belakang. Buruknya la telefon aku ni.

Ok cukup sahaja perkongsian kali ini. Kalau ada perisian yang lebih menarik, jangan malu dan segan berkongsi diruang komen di bawah.

Selamat membina.

Khamis, 7 November 2013

Mencetak Prusa Mendel (Iteration 2)

Kali ini, saya mencuba mencetak komponen plastik bagi Prusa Mendel (Iteration 2) ukuran metric dengan LM8UU, atau nama biasa saya sebut Prusa 2, LM8UU. Cetakan kali ini bertujuan untuk menguji filamen yang dihasilkan sendiri. Setakat ini saya berpuas hati dengan hasil cetakan. Ada sesiapa berminat untuk membina 3d printer jenis ini?

Prusa Mendel i2 dengan extruder Greg Reloaded
Hmmm.... 
big gear
sudut lain
Small gear 



Sesiapa yang berminat boleh hubungi email saya. Semua komponen plastik adalah 100% ABS dara (virgin) bermutu tinggi, bukannya yang kitar semula dan tidak dicampur pewarna. Berapa harganya, RM250 RM180 sahaja.

Rujukan komponen dan panduan membina seperti di bawah :

http://reprap.org/wiki/Prusa_Mendel_(iteration_2)