Secara jujur, menggunakan filamen extruder ini tidaklah semudah yang disangka. Kegagalan boleh berpunca dari banyak sebab. Kelajuan motor, suhu pemanas dan saiz nozzle. Banyak masa telah saya gunakan untuk menghasilkan filamen yang baik dari segi kualiti. Tetapi filamen yang dihasilkan menghampiri kualiti yang dikehendaki tetapi masih jauh dari sasaran.
Bacaan ukuran setakat ini masih diantara 2.85mm 2.75mm dan 2.95mm. Sasaran adalah 2.9mm secara konsisten sepanjang filamen. Bagaimanapun saya rasa wajar dilogkan.
Progress setakat ini :
- Voltage regulator digunakan untuk mengawal kelajuan motor. Sebelum ini motor berfungsi pada 12v. Setakat ini kelajuan dikurangkan dengan menurunkan voltage kepada 4.5v.
- Nozzle diubah daripada Brass End kepada Steel End. Ini disebabkan brass end tidak solid dan kedalaman nozzle tidak cukup untuk mengekalkan bentuk plastik yang dihasilkan.
Hasilnya :
- Diameter filamen yang lebuh konsisten.
- Mungkin mengunaka pallet/granul baru dan bukan recycle akan bagi result yang lebih baik. Ketika ini semua plastik yg digunakan adalah recycle dari print yang lepas. Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk membeli ABS granul.