Sedikit gambar printer beliau seperti di bawah :
| Zam Kossel Alt. by Adil |
Komponen plastik awal telah dicetak oleh saudara Abdah. Gabungan warna biru dan hitam memberikan kesan visual yang menarik (alasan sebenar adalah akibat kehabisan plastik). Dengan kadar infill yang tinggi, bracket atas dan bawah menggunakan agak banyak plastik, tetapi ini memberikan kesan kepada struktur yang lebih kukuh. Jangan kedekut plastik disini. Struktur yang kukuh itu penting.
Satu keputusan menarik oleh saudara Adil adalah untuk menggunakan fishing line/wire sebagai ganti kepada belt dan pulley untuk menggerakkan carriage. Langkah ini menjimatkan banyak kos dalam binaan kerana aluminium pulley dan belt juga agak mahal. Saya agak khuatir dengan keputsaan ini pada awalnya, tetapi ujian oleh saudara Adil membuktikan bahawa perubahan ini boleh dilakukan dan tidak menjejaskan kualiti printing.
Berapa jumlah kos yang berjaya dijimatkan. Agak banyak. (1 aliminium pulley dalam RM30-RM60, kalau kali dengan 3), belt juga agak mahal. Oleh itu, fishing line, memang save banyak RM.
| Tidak lagi menggunakan belt, hanya fishing line menggantikan belt. Sambungan dan pergerakan kemas. |
| Pulley yang diprint sahaja untuk mengikat fishing line. |
Saudara Adil juga mengekalkan penggunaan bowden dengan filamen 3mm berbeza dengan trend semasa yang lebih gemar menggunakan bowden dengan filament 1.75mm.
| Masih mengekalkan bowden extruder dengan diameter filamen pilihan 3mm. |
Gambar di bawah menunjukkan hasil print pertama saudara Adil. Syabas. Di harap lebih banyak gambar print oleh saudara Adil pada masa akan datang.
| Aku tak pasti nama robot ni dan di design oleh siapa. Tetapi yang pasti ada sedikit masalah bulu ketiak akibat daripada overhang. Insyallah, boleh diatasi dengan menggunakan autofan. |
- Penggunaan filament driver (fishing line) menggantikan belt dan pulley. Perubahan ini juga tidak menggangu setting kepada firmware sedia ada.
- Heated bed jenis bulat dan kaca jenis bulat. Berdasarkan maklum balas, ada masalah kaca yang mudah pecah. Walau bagaimanapun, saudara Adil masih mengkaji punca sebenar masalah ini.
- Menggunakan kissSlic3r untuk slice objek (ini bukan perbezaan pada hardware, lebih kepada pilihan software).
Tahniah saudara Adil di atas printer baru anda.




