Isnin, 8 Julai 2013

Zam Kossel Alt



Log kali ini adalah mengenai Rostock 3d Printer dan Zam Kossel Alt. Log yang agak panjang.

Sebenarnya saya telahpun mencetak parts Rostock 3d printer dan memasangnya. Tetapi ada beberapa masalah yang menghantui build Rostock ini. Masalah utama saya apabila membina Rostock termasuklah :


  • Tiada support bagi 8mm rod untuk struktur printer yang lebih rigid. Hanya menggunakan 6 batang 8mm stainless steel rod. Pada pandangan saya, 6 x 8mm stainless steel rod ini tidak cukup untuk mengekalkan bentuk printer. Apabila siap dipasang, dan mula mencetak, didapati rod akan melengkung dan mengubah bentuk menyebabkan calibration semula lari. Akhirnya print kualiti yang tidak menentu.
  • Tapak rostock sangat penting. Bentuk dan posisi lubang skru bagi tapak rostock ini amatlah sukar untuk di drill dengan tepat menggunakan mesin tangan. Jika tersalah drill, menjejaskan keseluruhan build. Pada pandangan saya, tapak rostock ini lebih sesuai dimesin daripada dipotong sendiri. Mungkin hantar design tapak untuk laser cut jalan terakhir.
  • Saya dapati untuk calibrate mesin Rostock yang telah dibina seperti post yang terdahulu hampir mustahil. Punca utama kedudukan rod yang tidak tepat pada sudut 60 darjah dari kesalahan drill menggunakan tangan.
Belajar daripada kesilapan ini, aku design semula frame bagi rostock berdasarkan printer jenis baru kossel. Antara matlamat :

  • Sudut yang tepat, self align menggunakan bracket yang diprint sahaja.
  • Menggunakan aluminium extrusion untuk menambah kekuatan struktur. 
  • Mengekalkan penggunaan 8mm stainless steel rod, memandangkan aku dah ada daripada build rostok.
  • Kekalkan part Rostock, recycle semuanya ke printer yang baru.

Hasilnya : Zam Kossel Alt. Ok sekarang gambar.

 
Zam Kossel Alt : http://www.thingiverse.com/thing:108724


Lower Frame, perlukan 3 sahaja. Agak lama untuk di print.
Struktur siap dipasang

Perbandingan dengan MendelMax

Pemasangan awal

Semuanya snap fit. Rod dan Aluminium extrusion tidak diskrukan.
Ketuk masuk pakai hammer je. Ketat.
Top Bracket

Sudut lain

Siap pasang semua 3 aluminium extrusion.

Cubaan awal pada carriage design yang baru untuk sesuaikan dengan printer. Didapati boleh digunakan. 
Snap in LM8U. Didapati kalau design ketebalan  pemegang bearing >  5mm. Dia jadi sangat rigid. Bearing ini dimasukkan menggunakan apit G.

Pada awalnya elektronik boleh simpan di dalam segi tiga. Tetapi dikeluarkan untuk testing dan calibration.

Jeng jeng jeng. Dah nak siap.

Mengukur position katil panas. Heated bed.

Rod asal Rostock boleh digunakan semula.

Cubaan awal didapati frame sangat rigid berbanding Rostock.

Endstop wiring. Wiring disembunyikan dalam aluminium extrusion.

Sedia untuk calibration awal.


Calibration menggunakan pen.

Masalah nozzle akan terbenam di atas katil.

Masalah nozzle tidak cecah katil.




Sedikit Video



Setelah beratus kali flash firmware. Akhirnya result yang diingini. Proses calibration makan sedikit masa. Jadi kena banyak bersabar. 

Pen holder. Mudah dengan pen kilometriko.

Hotend holder. Design semula untuk hotend besi.







Print awal

Hotend sedang beraksi semasa proses calibration

Keputusan awal calibration




Akhirnya

Tersenyum :-)



Kepada sesiapa yang berminat untuk membina :

Frame : http://www.thingiverse.com/thing:108724
Hotend Mount : http://www.thingiverse.com/thing:111971

Sekiranya ada soalan atau cadangan penambahbaikan, tanya dan komen diruang komen di bawah. Jangan lupa untuk like dan share. :-)




Isnin, 20 Mei 2013

Soalan Asas

Tujuan kemasukan log kali ini adalah berkenaan perkara-perkara asas. Banyak soalan diluar mengenai perkara asas, saya fikir lebih baik saya cuba sediakan ringkasan kepada soalan-soalan tersebut. Jawapan ini adalah pandangan saya mengenai hal 3d printing, kalau ada yang tidak tepat, bolehlah komen kepada log ini. Terima kasih dan selamat membaca.

1) Berapa harga untuk satu set 3d printer?



Soalan paling popular. Jawapan terus harganya ialah diantara RM 1,500 hingga RM 6,000. Mengapa harga ini ada julat? Jawapannya (1) harga bergantung kepada jenis printer, maksud jenis printer ini adalah model printer yang dibangunkan (2) harga juga bergantung kepada kesediaan printer, maksudnya dalam bentuk kit atau yang telah siap pasang sepenuhnya, ya harganya berbeza (3) pertukaran matawang asing, biasanya adalah antara RM dan USD. Ini kerana kebanyakan komponen-komponen yang digunakan perlu diimport daripada US, China, Singapore atau mana-mana negara yang menghasilkan komponen yang dikehendaki. Salah satu cara untuk menjimatkan kos adalah untuk membeli komponen-komponen yang kesemuanya dikilangkan di Malaysia. Tetapi ini adalah sukar, kerana ada sesetengah kilang-kilang ini tidak jual terus kepada individu.

Secara ringkasnya, kalau beli komponen secara berasingan dan dalam keadaan yang tidak dipasang siap, harga mungkin lebih rendah sekiranya komponen yang dibeli adalah betul. Kadang-kadang, kerana keasyikan untuk mencari harga komponen yang rendah harganya, komponen yang dibeli tidak sesuai, maka terpaksalah membeli komponen yang baru. Ini secara tidak langsung meningkatkan kos, tetapi, kita akan belajar mana komponen-komponen ini boleh didapatkan dan ini mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

Jenis komponen juga memainkan peranan dalam harga. Anda boleh membeli komponen plastik yang dicetak atau komponen yang dimesin menggunakan aluminium. Harga berbeza tapi fungsi yang sama.

So bila membeli nanti, ikutlah bajet anda sendiri. Kalau ada tempat yang jual komponen murah, bolehlah kongsikan disini agar lebih ramai dapat membina printer yang mereka idamkan.

2) Kit atau Siap Pasang, mana lebih baik?



Pada pandangan saya, baiklah membeli kit, atau lebih baik cuba mencari komponen satu per satu. Perlu ingat printer yang dibina adalah opensource, maksudnya ianya tidaklah begitu stabil seperti mana 3d printer professional. Harga yang jauh lebih murah bermaksud akan berlaku banyak insiden dimana printer akan bertindak diluar jangkaan sekiranya berlaku kesilapan pada komponen hardware, mahupun software. Sekiranya anda membeli kit 3d printer, anda akan belajar lebih mengenai komponen-komponen yang digunakan untuk menggerakkan 3d printer. Memang pilihan ini (membeli kit dan memasang sendiri) adalah lebih sukar, tetapi ia akan membolehkan anda memahami komponen yang bermasalah pada kemudian hari. Sekiranya anda membeli printer yang telah siap pasang sepenuhnya, kebarangkalian anda berasa takut untuk membaiki printer ini sendiri adalah tinggi. Akhirnya, anda akan berasa murung mengapa printer anda tidak berfungsi dengan baik.

Bak kata pepatah melayu "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Jangan risau, membina printer ini tidaklah begitu sukar. Kalau pandai pasang perabot IKEA, maka pasang printer ini tidaklah begitu sukar.

3) Berapa lama masa yang diambil untuk memasang 3d printer?

Pengalaman pertama saya membina 3d printer, masa memasang agak lama kerana komponen-komponen yang saya order banyak yang lambat sampai. Oleh itu masa memasang boleh jadi diantara 1 hingga 3 minggu. Bagi komponen yang semuanya sudah lengkap, termasuklah anda sendiri ada pengalaman dalam bidang elektronik (soldering), memasang printer ini tidaklah begitu sukar. Saya rasa satu hari suntuk, mencukupi untuk membina printer dari komponen-komponen sehinggalah berjaya untuk print objek yang pertama. Lepas itu bolehlah tidur kerana kepenatan. Oh ya, jangan lupa mandi dahulu sebelum tidur untuk menjaga keselesaan orang lain.

4) Bro aku dah siap pasang 3d printer ni, kenapa print aku tak cantik?

Sebenarnya banyak sangat sebab yang menyebabkan kualiti print tidak cantik. Pada pandangan aku, punca utama aku hadapi masalah kualiti print yang tidak baik adalah seperti berikut :



  • Pemasangan komponen yang tidak kemas : perkara yang paling mudah berlaku apabila siap pasang komponen-komponen dan printer mula digunakan adalah skru-skru yang memegang komponen ini boleh longgar disebabkan oleh getaran. Oleh itu, biasanya aku akan periksa dahulu komponen-komponen, pastikan ikatannya kemas kemudian aku akan periksa komponen softwarenya pula.
  • Setting pada software : boleh dikatakan pada peringkat awal, printer ini perlu di calibrate terlebih dahulu. Proses calibrate ini memerlukan kesabaran yang tinggi, kerana anda perlu memastikan ukuran-ukuran pergerakan (x,y,z axis) mengikut ukuran yang tepat. Sekiranya ukuran tersebut lari. Contoh : tekan button pergerakkan pada x axis sebanyak 100mm pada komputer, pergerakan sebenar pada printer 105mm. Maka ini akan menyebabkan kualiti objek yang dicetak tidak baik. Ukur dan ukur semula sehingga ketepatan 0.05mm untuk memastikan pergerakan yang tepat. Perubahan-perubahan kepada setting ini hendaklah dibuat pada firmware. Beberapa video yang dapat membantu dalam proses ini seperti di sini.
  • Pergerakkan printer terlalu laju. Lazimnya, apabila install software, pergerakan default printer (travel speed) adalah pada 100mm/s. Pergerakan ini agak laju bagi printer baru disiap pasang. Rod stainless steel masih belum begitu licin untuk bergerak laju. Eloklah diturunkan kepada 40mm/s untuk beberapa hari dan kelajuannya boleh ditambah 10mm/s sehingga printer tersebut gagal. Berikan sedikit masa untuk printer anda season, khususnya kepada rod-rod dan linear bearing. Lepas tu cubalah henjut sehingga 160mm/s.

Ok cukuplah dahulu penjelasan setakat ini. Sekiranya ada lagi soalan yang bermain difikiran, gunakanlah ruang komen di bawah untuk bertanya soalan. Tanyalah apa sahaja. 

Selamat membina :-)


Selasa, 23 April 2013

Perbezaan HotEnd

Kali ini aku ingin untuk mencatatkan sedikit pengalaman aku menggunakan beberapa jenis hotend yang berbeza. Tidak banyak pun hotend yang aku pernah gunakan. Tapi mungkin boleh buat beberapa perbandingan yang berguna (atau tidak berguna). Bagi mereka yang tidak tahu hotend itu apa, hotend ini adalah satu komponen mesin cetak 3d untuk mencairkan plastik. Hotend seperti namanya, memang panas, ada yang mampu mencecah hingga 300 celcius. Cabaran utama bagi mencari hotend yang sesuai adalah untuk mencari yang tahan lasak dan mampu digunakan berulang kali untuk jangka masa yang lama dan murah harganya. Oleh kerana terdapat banyak jenis hotend diluar sana, hotend boleh dibeli siap, atau dibuat sendiri daripada scratch. Masih ada peluang untuk menjimatkan wang.

Untuk senarai hotend yang ada dipasaran, lazimnya saya akan rujuk disini.

Baiklah hotend untuk review kali ini adalah JHead dan Arcol V4. Ini adalah hotend yang aku telah gunakan sendiri untuk mesin 3d printer aku setakat ini.


JHead

Hotend ini adalah hotend pertama yang aku gunakan kerana reviewnya di forum RepRap yang baik. JHead juga merupakan hotend yang popular dan mempunyai pengguna yang ramai. So komen aku :


  • Paling mudah untuk digunakan. Buka kotak dan terus pasang dan jalan.
  • Suhu boleh tampung sehingga 230c. Boleh digunakan untuk plastik jenis ABS.
  • Suhu lebih daripada 230c tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan plastik PEEK akan lembut dan cair. Plastik PEEK adalah plastik yang digunakan untuk badan hotend ini.
  • Setakat ini mampu bertahan untuk 6 bulan, sebelum jahanam.
  • Harga RM160+ jika order terus dari hotend.com. 
  • Oleh kerana badan nozzle menggunakan PEEK, hotend ini mampu menebat haba dengan baik. Tetapi masih panas juga.
  • Print yang baik dan cantik.
  • Bagi aku tidak ekonomi kerana hotend ini kerap gagal. 
Masalah utama hotend ini adalah nozzle terkeluar dari badan nozzle.

Nozzle gagal berfungsi selepas 1 jam menggunakannya.

Arcol V4



Hotend ini merupakan hotend yang menggunakan aluminium sebagai badan dan nozzle. Ia menggunakan stainless steel yang nipis sebagai penebat haba dan heatsink yang besar untuk mengurangkan suhu apabila sampai ke cold end. Komen aku :


  • Mudah digunakan. Tapi kena ambil masa untuk assemble hotend ni.
  • Kurang popular, mungkin sebab harga mahal RM 300+.
  • Bagi aku hotend ni tahan lasak, suhu boleh cecah 300c +. Oleh itu, plastik jenis nylon boleh digunakan.
  • Lebih laju untuk sampai target temperature, mungkin sebab binaan aluminium? 
  • Perlu gunakan kipas, kerana heatsink aluminium akan jadi sangat panas 180c+. Oleh itu X carriage boleh cair kalau cooling fan tidak digunakan.
  • Overall bagi aku hotend ini maintainance free dan masih terus menerus print tanpa maintainance.
  • Boleh upgrade atau replace nozzle, stainless steel dan heatsink kalau nak.
  • Kalau ada duit lebih boleh beli all metal hotend kerana lebih tahan suhu tinggi. AMARAN, oleh kerana stainless steel yang digunakan sebagai penebat haba tu nipis sangat. Ada kebarangkalian boleh bengkok kalau nozzle langgar bed. hati-hati.

Simple. Tapi harganya agak mahal.


Anda guna hotend jenis apa? Boleh la share.







Isnin, 25 Februari 2013

Kotak 3d Printer

Satu daripada masalah aku,  ketika membina MendelMax 1.5 adalah jumlah plastik yang diperlukan untuk memegang aluminium bagi membentuk rangka printer. Lagi memenatkan apabila komponen plastik Mendelmax ini bukannya mudah untuk print disebabkan overhang yang begitu banyak. Ini membuatkan aku ingin membina 3d printer sendiri, berasakan kepada design mendelmax tetapi mengurangkan bilangan komponen plastik yang perlu dicetak. Hasilnya :

Memperkenalkan Kotak 3d Printer. Haha. Macam salesman la pulak.

Kotak 3d Printer
So printer ini mengambil masa 2 minggu dari design hinggalah siap untuk digunakan. Kotak 3d printer masih  berasaskan design jenis cartesian  Tapi sasaran untuk mengurangkan penggunaan plastik telah berjaya. So antara features printer ini :

  • Platform yang lebih besar, setakat ini aku ada aluminium sheet sebagai bed dengan saiz 200mm x 200mm sahaja. Cubaan dengan plywood didapati saiz platform maximimun 250mm x 290mm. Ini bermaksud anda boleh print objek yang lebih besar. Tetapi cabaran aku adalah untuk membina custom heat untuk saiz itu. Oh ya, printer ini juga boleh discale semula untuk print yang lebih besar dengan mudah.
  • Kurang plastik. Ini bermaksud lebih sedikit masa diperlukan untuk mencetak komponen plastik. Kalau mendelmax ambil masa lebih kurang 3-5 hari untuk mencetak komponen plastik. Komponen Kotak 3d printer boleh dihasilkan dalam masa sehari. 
  • Kurang skru. MendelMax menggunakan M5x10mm skru bagi setiap bracket untuk memegang aluminium. Lebihkurang 12 M5x10mm bagi setiap bucu. So matlamat ini telah berjaya dicapai dengan hanya 2 x M5x25mm bagi setiap bucu.
Kotak 3d printer masih menggunakan x-end ala prusa/mendel. So mudah untuk upgrade daripada printer sedia ada. Printer ini pun masih menggunakan komponen-komponen lain sedia ada, beza utama hanyalah pada rangka sahaja.

Terima kasih kepada Saiful dan Jebat sahabat seperjuangan di atas sokongan dan sumber inspirasi.

Cukup sahaja log aku kali ini. Sedikit gambar :

Kotak 3d Printer 
Perbandingan Saiz Kotak 3d Printer dengan MendelMax 1.5
Sambungan Aluminium, akhirnya tanpa sebarang bracket.
2 x M5 x 25mm untuk mengikat aluminium

Drill jig untuk memudahkan drill aluminium mengikut ukuran sebenar
Z motor mount yang mudah untuk print. 
Y motor mount minimal
Y Idler juga minimal.
First Print


Selasa, 12 Februari 2013

Bersihkan Model STL

Hari ini aku sungguh gembira. Aku jumpa plugin untuk sketchup yang banyak jimatkan masa aku untuk bersihkan stl yang diimport ke dalam sketchup. Mungkin ada yang dah tau pasal plugin ini, tapi aku memang tak pernah stumble lagi sebelum ini. Memang boleh donate pada script programmer ini. Plugin dia nama cleanup3 dan nama author Thomthom. Seperti nama script ni, script ini memang banyak membantu bersihkan model daripada pelbagai line yang tak berguna hasil daripada import stl ke dalam sketchup. So selepas clean up line yang tidak diperlukan, anda bolehlah dengan mudah ejas/modify semula model tersebut ikut suka hati.

 Contoh : import greg x carriage.stl ke dalam sketchup.

Lihatlah berapa banyak line yang menyusahkan.


Run cleanup3 ... hasilnya...

Hanya dengan beberapa klik sahaja.. walaa

Aku tak pasti sama ada maklumat ini berguna kepada korang atau tidak. Tapi pada aku memang life saver. Have fun.

Sumber
http://sketchucation.com/forums/viewtopic.php?t=22920

Khamis, 31 Januari 2013

Meet Up : Sembang 3d Printing

Beberapa hari lalu, aku telah berjumpa dengan beberapa rakan baru dalam dunia cetak 3d ini. Ada yang sudah memiliki, membina mesin cetak 3d sendiri, dan ada yang masih mencari mesin cetak yang sesuai untuk dibeli. Tapi pada aku yang paling penting, ada rakan-rakan di luar sana yang mempunyai hobi yang sama dan ingin berkongsi pengetahuan. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman membina pada aku sangat penting dalam dunia opensource 3d printer ni.

Baiklah, antara perkara yang kita bincangkan tempoh hari aku rasa wajar di log termasuklah :

  1. Sourcing bahan-bahan mentah untuk membina 3d printer (review kedai hardware, electronics dll)
  2. Teknik membina dan peralatan untuk membina 3d printer (tools, material)
  3. Perbandingan sampel-sampel objek yang dicetak (objek yang berjaya dicetak dan yang tak berjaya dicetak)
  4. Perkongsian settings dan teknik calibration tersendiri (setiap orang ada style tuning printer tersendiri.. share laa)
  5. Masalah lazim menggunakan opensource 3d printer dan limitasi printer (rungutan bila print tak menjadi)
  6. Cara design objek dan eksport ke 3d printer (software la ni, slicer, pronterface, firmware)
  7. Prospek bikin duit dengan 3d printer (topik biasa la ni .. mesti ada cerita $$$ baru syok.. sekadar motivasi je ni)
Kepada rakan-rakan baru. Salam perkenalan. Kepada member-member yang tidak dapat hadir pada hari berkenaan. Insyallah kita buat meet up lagi. Kepada sesiapa yang berminat nak menyertai, bolehlah bagi email kat ruang komen. Sekiranya ada pertemuan lagi, akan aku jemput semua join sekali. Baru betul meriah bila kena TT. 

Ini gambar parts yang dicetak untuk seorang kawan baru. Tak lama lagi dia mesti join la sesi T.T Cetak3d


"Apa yang penting?"