Selasa, 23 April 2013

Perbezaan HotEnd

Kali ini aku ingin untuk mencatatkan sedikit pengalaman aku menggunakan beberapa jenis hotend yang berbeza. Tidak banyak pun hotend yang aku pernah gunakan. Tapi mungkin boleh buat beberapa perbandingan yang berguna (atau tidak berguna). Bagi mereka yang tidak tahu hotend itu apa, hotend ini adalah satu komponen mesin cetak 3d untuk mencairkan plastik. Hotend seperti namanya, memang panas, ada yang mampu mencecah hingga 300 celcius. Cabaran utama bagi mencari hotend yang sesuai adalah untuk mencari yang tahan lasak dan mampu digunakan berulang kali untuk jangka masa yang lama dan murah harganya. Oleh kerana terdapat banyak jenis hotend diluar sana, hotend boleh dibeli siap, atau dibuat sendiri daripada scratch. Masih ada peluang untuk menjimatkan wang.

Untuk senarai hotend yang ada dipasaran, lazimnya saya akan rujuk disini.

Baiklah hotend untuk review kali ini adalah JHead dan Arcol V4. Ini adalah hotend yang aku telah gunakan sendiri untuk mesin 3d printer aku setakat ini.


JHead

Hotend ini adalah hotend pertama yang aku gunakan kerana reviewnya di forum RepRap yang baik. JHead juga merupakan hotend yang popular dan mempunyai pengguna yang ramai. So komen aku :


  • Paling mudah untuk digunakan. Buka kotak dan terus pasang dan jalan.
  • Suhu boleh tampung sehingga 230c. Boleh digunakan untuk plastik jenis ABS.
  • Suhu lebih daripada 230c tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan plastik PEEK akan lembut dan cair. Plastik PEEK adalah plastik yang digunakan untuk badan hotend ini.
  • Setakat ini mampu bertahan untuk 6 bulan, sebelum jahanam.
  • Harga RM160+ jika order terus dari hotend.com. 
  • Oleh kerana badan nozzle menggunakan PEEK, hotend ini mampu menebat haba dengan baik. Tetapi masih panas juga.
  • Print yang baik dan cantik.
  • Bagi aku tidak ekonomi kerana hotend ini kerap gagal. 
Masalah utama hotend ini adalah nozzle terkeluar dari badan nozzle.

Nozzle gagal berfungsi selepas 1 jam menggunakannya.

Arcol V4



Hotend ini merupakan hotend yang menggunakan aluminium sebagai badan dan nozzle. Ia menggunakan stainless steel yang nipis sebagai penebat haba dan heatsink yang besar untuk mengurangkan suhu apabila sampai ke cold end. Komen aku :


  • Mudah digunakan. Tapi kena ambil masa untuk assemble hotend ni.
  • Kurang popular, mungkin sebab harga mahal RM 300+.
  • Bagi aku hotend ni tahan lasak, suhu boleh cecah 300c +. Oleh itu, plastik jenis nylon boleh digunakan.
  • Lebih laju untuk sampai target temperature, mungkin sebab binaan aluminium? 
  • Perlu gunakan kipas, kerana heatsink aluminium akan jadi sangat panas 180c+. Oleh itu X carriage boleh cair kalau cooling fan tidak digunakan.
  • Overall bagi aku hotend ini maintainance free dan masih terus menerus print tanpa maintainance.
  • Boleh upgrade atau replace nozzle, stainless steel dan heatsink kalau nak.
  • Kalau ada duit lebih boleh beli all metal hotend kerana lebih tahan suhu tinggi. AMARAN, oleh kerana stainless steel yang digunakan sebagai penebat haba tu nipis sangat. Ada kebarangkalian boleh bengkok kalau nozzle langgar bed. hati-hati.

Simple. Tapi harganya agak mahal.


Anda guna hotend jenis apa? Boleh la share.